Klik utk jawapan
Sax-Gold Ent
Terbaru di LELONGEMAS
SilverHunter
Wednesday, September 9, 2009
Betul ke Cerita ni???
Masuk hari ke 19 umat Islam berpuasa. Dan Ramadhan semakin mahu meniggalkan kita. Bagi org2 yg beriman dan beramal soleh pasti merasa sedih dgn baki hari bulan Ramadhan ini. Namun rata2 mungkin merasa gembira dengan kehadiran Syawal, di mana rata2 pasaraya di Malaysia ini dipenuhi orang utk membeli persiapan hari raya.
Bulan Ramadahn juga adalah bulan yg dilimpahi dgn rezeki Allah swt. Di mana para peniaga memperolehi keuntungan luar biasa berbanding hari2 biasa. Para peminat, peniaga emas juga tidak ketinggalan, di mana di tengah2 Ramadhan ini.. harga emas melambung naik. Sehinggakan harga FGJAM yg "stagnant" sejak May yg lepas pun turut berubah menaikkan harga mereka. Drp RM 130/ gm utk 999 berubah ke RM 135/gm semalam.
( yg mana biasa dilihat harga lambat nak turun jika harga jatuh... tapi, cepat jer bila harga naik)
Tapi harga minyak naik masa bulan Ramadhan bukan rezeki bagi rakyat la..... hu hu hu
Tidak ketinggalan juga Public Gold dgn harga2 yg mengikut harga semasa turut memperlihatkan kenaikan yg mendadak. Persoalannya di sini, betulkah agen2 PG ini tidak mahu atau berat utk membeli kembali emas mereka. Ini kerana banyak rungutan yg didengar dari kalangan pembeli , lebih2 lagi di saat2 kenaikan harga ini. Jika ini benar, maka tidaklah bagus utk jangkamasa panjang bagi syarikat ini. Mereka haruslah bertanggungjawab dengan apa yg mereka tawarkan kepada pembeli. Jika nak beli, cepat jer nak duit drp customer.Nak jual, kadang2 telefon pun tak angkat. Jangan kita jadik pulak macam bank yg ikut sistem "Yahudi" ni.... Berapa banyak prosedur perlu dilalui dan memakan masa yg panjang jika kita nak keluar duit. Sebagai contoh Mutual Fund, kalau kita nak withdraw duit... perghhh!!!! makan 1 mggu ke 2 mggu tu... Cuba belum masuk, hari2 call tanya bila kita nak join.... HAMPEH... Dah la tu, kalau kita keluar duit, bising dan report lak kat BN cakap customer ambik duit nak invest kat skim cepat kaya....!!!! (dalam erti lain mengelabah la tu)
Namun begitu, saya mengharapkan rungutan seperti ini tidak benar. Dan jika benar kita sebagai pengguna harus membuat sesuatu agar hak kita dilindungi. Dan saya mengharapkan pihak PG lebih bersikap telus dan terbuka dan polisi jual haruslah seimbang dgn polosi membeli semula. Jika senang nak beli, maka sepatutnya senang le jugak nak jual semula.
Namun, sebagai langkah jangka masa pendek ini, terdapat beberapa kawan2 kita yg mampu utk membeli semula emas PG itu. Sebagai contoh EFG. (Boleh "temui" mereka dalam Jutawan Emas.)Tetapi oleh kerana permintaan ramai, harga yg dibeli semula adalah mengikut harga tawaran PG jugak.. Mana nak larat beb... ramai tu.. Kalau cam saya yg "CIPUT" ni hanya ambik 20 gm la buat masa nih... hu hu hu
Sekian dulu.... Terima kasih dan selamat berpuasa dan menjalani ibadah di bulan Ramadhan al Mubarak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment