Link

Klik utk jawapan

Sax-Gold Ent

Terbaru di LELONGEMAS

SilverHunter

Wednesday, December 22, 2010

ring utk capsule ( fit)

oleh kerana capsule yg dijual oleh kami agak besar, maka dgn inisiatif Hj Omar beliau telah membuat satu design " colouring ring" utk memuatkan syiling collector anda. Pelbagai warna dan boleh membuat tulisan di atasnya sebagai hadiah atau sebagainya.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Hj Omar @ Azhari



Sax-Gold

Friday, November 19, 2010

1/2 Dinar Kasih


Sila Dapatkan 1/2 Dinar Kasih Hari Ini

Harga mengikut pasaran semasa.

Hanya tambah RM 5 utk pos ekspress
@
RM 10 utk pos laju



Sax-Gold

Friday, November 12, 2010

1/2 Dinar almost ready..

To all customer,

1/2 Dinar is almost ready for booking. Just a few days for touching up and then we can deliver to you. The picture will be uploaded once ready. We can say that the product is the best among the production before. You will find it later... Be the first to get it.





Sax-Gold

Friday, November 5, 2010

Harga Dinar dan Dirham meningkat


Bermula tengah malam waktu Malaysia, Harga emas dan perak meningkat naik sehingga mencatatkan index tertinggi iaitu 1392usd/oz dan perak 26.5 usd/oz. Drp sumber yg dipercayai adalah di sebabkan pakej rangsangan oleh US.


Dengan secara langsungnya, harga dinar dan dirham turut terlibat. Sekarang ini, harga 1 dirham telah mencapai RM 18 di mana 2 ke 3 bulan lepas harganya baru RM 13 mencatatkan kenaikan lebih 38 %. Manakala 1 Dinar pula menampakkan kenaikan sekitar 8 ke 10 % dlm tempoh yg sama.

Ironinya, walaupun harga perak meningkat malangnya stok perak semakin sukar utk diperolehi. Baik dari dalam negara mahupun luar. Justeru, ia menjadikan perak satu logam yg begitu popular buat masa ini berbanding emas. 

Bagi saya, ia adalah satu perubahan yg positif dari kalangan rakyat Malaysia yg mana menjadi petunjuk bahawa penggunaan Dinar dan Dirham sudah dekat masanya. Mereka sudah sedar akan potensi perak dan nilai emas ini berbanding dgn wang fiat.


Selamat membeli emas dan perak aka dinar dan dirham. (Nisbah emas/perak hari ini = 1 : 52 )

ps: satu persoalan: dirham @ bullion yg patut dibeli ????


Sekian.



Sax-Gold

Tuesday, November 2, 2010

coins capsule dgn tawaran menarik



Coins Capsule

27 mm
29 mm
Sila dapatkan tawaran menarik

Harga RM 0.98 / pcs for every 100 pcs purchased

Sax-Gold

Saturday, October 30, 2010

Stok Penimbang dan Densitimeter Sudah boleh di dapati Sekarang



Stok Penimbang Emas
 ( Digital Pocket Scale  500 gm )
sudah boleh didapati dgn Ejen2 kami.



Stok Densiti meter 300 GK alike

Sila buat tempahan sekarang

Limited Stock

CALL

Hj Omar
013 4250872

@

Azhari
019 2642849

Sax-Gold

Tuesday, October 19, 2010

Mentransformasikan sebuah model D & D utk diaplikasikan di Malaysia

http://youtu.be/D32qWpGu0q0

Klip video di atas adalah sesuai bagi kita utk memahami dgn lebih dekat.. apa itu dinar dan dirham serta aplikasi muamalahnya.. ( drp sahabat kita di Indonesia, yg mana telah hampir 10 tahun berjuang utk merealisasikan muamalah dinar dan dirham... ( Bukan keuntungan ke atas penjualan semata2). Kini, mereka adalah terkehadapan dan istiqamah dlm memperjuangkan, berbanding kita yg lebih mengutamakan mutu dan rupa cantik dinar dan dirham itu. Sesuatu yg patut diambil teladan....

Walaupun tiada promosi hebat dan besar2 an, tetapi mereka telah berjaya mewujudkan pasar yg berlandaskan wang sunnah ini. Istiqamah serta pemahaman yg jelas drp sukarelawan yg gigih tanpa mengenal erti lelah serta mendambakan sesuatu ganjaran. Inilah sebenarnya yg sepatut diambil contoh oleh masyarakat kita, satu model yg harus ditransformasikan di Malaysia. Bukannya ibarat " hangat2 tahi ayam"... booommm sekali.. hilang.. lenyap dan sepi tanpa berita.. meninggalkan lbh byk persoalan drp jawapan.

Usaha itu sudah ada terdapat di Malaysia, tetapi ianya terdiri daripada beberapa kumpulan kecil yg masih belum bergabung utk menjadi satu. Masing2 dgn pendirian dan alasan tersendiri. Jika kumpulan2 ini dapat bersatu, maka peluang utk melihat penggunaan D & D di Malaysia ini akan berjaya. Insyaallah.

Sax-Gold

Thursday, October 14, 2010

US Economy Crisis in 1970's


Crisis.

During the 1970s business conditions and the economy began to disappoint the expectations that Americans had built up during the post-World War II years. International events—the most important being the two oil crises of 1973-1974 and 1979—served as bookends for a decade that saw rampant inflation and slow economic growth, an unprecedented combination that led to a new term being coined, Stagflation. It also led to a decade-long lesson for the great institutions of the United States—the government, big business, labor unions -—of their growing powerlessness to affect the economy by the means of the previous forty years.

Inflation.

The effects of the Vietnam War and Presi-dent Lyndon Johnson's Great Society programs on the U.S. economy came in the 1970s in the form of increasing inflation. Inflation was also exacerbated by President Richard Nixon's political unwillingness to curb government.

"Stagflation"

The term "stagflation" -- an economic condition of both continuing inflation and stagnant business activity, together with an increasing unemployment rate -- described the new economic malaise. Inflation seemed to feed on itself. People began to expect continuous increases in the price of goods, so they bought more. This increased demand pushed up prices, leading to demands for higher wages, which pushed prices higher still in a continuing upward spiral. Labor contracts increasingly came to include automatic cost-of-living clauses, and the government began to peg some payments, such as those for Social Security, to the Consumer Price Index, the best-known gauge of inflation. While these practices helped workers and retirees cope with inflation, they perpetuated inflation. The government's ever-rising need for funds swelled the budget deficit and led to greater government borrowing, which in turn pushed up interest rates and increased costs for businesses and consumers even further. With energy costs and interest rates high, business investment languished and unemployment rose to uncomfortable levels.

In desperation, President Jimmy Carter (1977-1981) tried to combat economic weakness and unemployment by increasing government spending, and he established voluntary wage and price guidelines to control inflation. Both were largely unsuccessful. A perhaps more successful but less dramatic attack on inflation involved the "deregulation" of numerous industries, including airlines, trucking, and railroads. These industries had been tightly regulated, with government controlling routes and fares. Support for deregulation continued beyond the Carter administration. In the 1980s, the government relaxed controls on bank interest rates and long-distance telephone service, and in the 1990s it moved to ease regulation of local telephone service.

But the most important element in the war against inflation was the Federal Reserve Board, which clamped down hard on the money supply beginning in 1979. By refusing to supply all the money an inflation-ravaged economy wanted, the Fed caused interest rates to rise. As a result, consumer spending and business borrowing slowed abruptly. The economy soon fell into a deep recession.

Sax-Gold

Wednesday, October 6, 2010

Harga Emas Naik, apa yg perlu anda buat?


    Seminggu dua ni, menampakkan harga emas meningkat di paras yg tertinggi sebelum ini. Jadi, masa inilah keghairahan org ramai utk membeli pelbagai jenis emas sbg koleksi @ simpanan jangka masa panjang. Seperti masa2 sebelum ini, sudah menjadi kelaziman, apabila harga rendah, masing2 masih tunggu dan lihat dan mengharapkan harga semakin turun. Apabila harga mula naik, barulah sibuk hendak membeli

Dalam pada itu, anda haruslah bijak utk membuat pertimbangan dan perkiraan sebelum membeli. Janganlah mebuat perkiraan dgn masa yg amat singkat, terus membeli setelah di "offer" oleh rakan2 anda. Ingatlah, bagi para pembeli yg baru, rakan2 kita yg sudah lama membeli ini, diibaratkan salin kulit kerana mereka diibarat mencari mangsa yg baru... Perlu diingat disini, anda hendaklah membeli sekiranya mempunyai wang utk berbuat demikian. Jangan terpedaya dgn konsep membeli yg direka dan diubahsuai oleh pihak2 tertentu, yg mana pada atas dasarnya ( di atas kertas) memang menguntungkan... tetapi jika membuat perkiraan yg lebih teliti, pasti anda akan terjumpa sesuatu yg mencurigakan.

Saya tidak menagtakan semuanya begitu, ada ramai di antara rakan2 kita yg betul2 ikhlas untuk membantu. Bukan kita membantu dia utuk menghabiskan barangan jualan dia sahja... INGAT.... "Always read between the lines" atau pepatah melayu, jgn smpai ada udang di sebalik batu....

Membuat hutang utk mencari keuntungan, bukanlah satu teknik yg baik walaupun betul.... Biarlah kita membeli sekadar yg mampu. Ibarat ukur badan sendiri. Kadang2 kita termakan juga kata2 rakan2 kita... Ya, dan sudah berapa ramai yg datang kpd kita utk minta dibantu. Walau bagai manapun, kita akan membantu setakat yg mampu... selain nasihat dan tunjuk ajar tiada lah terdaya.

Antara perkara yg perlu dilakukan ialah :

   1.  membeli emas dgn spread yg rendah dgn harga yg rendah (cth: used gold)
   2.  beli mengikut kemampuan... ( beli dan anda simpan sendiri )
   3.  Kalau tak mampu beli emas; belilah perak... ( skrg ratio ialah 1: 60; suatu hari nnti ratio akan lebih rendah )
   4.  Membuat perbandingan harga sebelum membeli
   5.  Sesiapa yg dah ada stok emas, jgn dijual....

Sekian,

Sax-Gold

Sunday, September 19, 2010

stok R. tgn 916 baru

RANTAI TANGAN 916 BARU

SILA HUBUNGI

Sax-Gold Ent

@

Dinar Gold Ent






HARGA MENGIKUT
HARGA SEMASA


Atau Harga Ejen utk pembelian 100 gm dan ke atas

Untuk menjadi Ejen, boleh hubungi Tuan Haji Omar 013 425 0872

SEKARANG

Sax-Gold

Saturday, September 4, 2010

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada semua rakan2 serta sahabat.

Maaf Zahir Batin


drp

Sax-Gold

Wednesday, September 1, 2010

Rantai Tangan Kanak2 916

Makluman:

Rantai tangan kanak2 916 sudah berada dipasaran. Dan keluaran pertama sudah "fully booked".
Produk adalah emas 916 dgn berat drp 8 ke 10 gm
Panjang drp 12 ke 14 cm.
Harga adalah menarik mengikut harga web DinarGold Ent



Hubungi:

Tuan Hj Omar: CEO DGE 013 4280872
Azhari:                      SGE  019 2642849 (Pantai Timur)
Abdullah Peg Pemasaran    012-7641348 ( Utara )
Cikgu Azrul :                       017 7675446 ( Selatan )

Berminat utk menjadi ejen @ rakan niaga bole hubungi nama2 di atas utk keterangan lanjut

Sax-Gold

Saturday, August 21, 2010

Dinar oh Dinar

Salam Ramadhan,

Agak sibuk dalam bulan yg mulia ini. Agak jarang ber"online" kerana tidak mahu melepaskan Tawaran dan Ganjaran yg menanti bagi mereka yg mencari. Seperti dalam Kuliah Tok Guru Nik Aziz; Malam 10 yg terakhir adalah malam yg sgt dinantikan krn ada ganjaran yg besar.... Di mana senarai nama yg yg sudah ada di Neraka akan di padam kan oleh Allaw SWT sebagai balasan kpd Hamba Nya yg taat kepadaNya. ( berunyung kpd sesiapa yg mendapatnya) Walaupun baru masuk hari ke 11 ( Sabtu)... tidak lah perlu kita menunggu hari 10 yg terakhir, kerana kita tidak pasti adakah sempat kita utk melangkaui hari2 yg ke depan ini.


Hanya Mukadimah Pembuka Bicara... Hangat diperkatakan tentang Dinar dan Dirham ini (DD) sekarang ini. Lebih2 lagi Dinar Kelantan yg baru. Terkesima kerajaan pusat mendengarnya... dan begitu teruja warga2 Kelantan mendengarnya di sulami dgn tepukan dan riuhan gemuruh drp abe , adik kakok...  Bangga DD dibuat di "oversea" tambah2 CEO syarikat ialah orang Mat Salleh.... 3 kali bangga dibuatnya. Sohor sungguh
Para peniaga (emas) senyum lebar.. kerana dapat promosi percuma. Wartawan2 sibuk ke sana ke sini mencari berita, ada yg pro dan kontra... macam2 kerenah.. Para bloggers sibuk utk update berita, mempromosi dan berbincang... Ada yg kata ini, itu.... macam-macam. "Collector" pula, cibuk cari utk "complete" kan satu set.. Wow... satu set tu.... Banyak modal tu. Kalau Dirham tak apa, kena Dinar... beribu2 RM tu

Promosi di sana sini, di Kuliah, ceramah.... Sungguh sibuk... appointment merata2 tempat... "meeting" smpai nak nak berbuka puasa. Ada muka makcik Timah masuk surat Khabor dia beli guna DD... Lepas tu ada keluar ahli akademik ada yg mengkritik ada yg menyokong... Ahli politik??? lebih2 lagi... Pak Menteri.. Exco.. dan namakan lagi jawatan yg ada... semua keluarkan buah fikiran.....

Cukup gah, sohor dan glamer DD ini. Alhamdulillah.... bagus. Satu petanda baik utk org2 yg berfikir. Maka, mari kita lihat apa yg akan berlaku seterusnya...


Wasalam


P/S: Dinar Kulim hanya utk koleksi dan diguna bagi mereka yg mempelajari emas.
       Hanya Jauhari mengenal manikam....


Sax-Gold

Tuesday, August 17, 2010

1 gm DGE (999) sedia utk menerima tempahan




Sedia untuk tempahan:

Sila hubungi :
 Pengurus Pemasaran Baru
( Kulim / Penang & Kedah )


En.Abdullah

012-7641348

Pantai Timur:

Sax-Gold Ent

019 264 2849

* Harga spt tertera dalam blog
Sax-Gold

Tuesday, August 10, 2010

Marhaban Ya Ramadhan

Salam,

Selamat Menyambut bulan Ramadhan, bulan yg mulia dan istimewa buat Ummat Nabi Muhammad S.A.W.
Kami di Dinar Gold dan Sax-Gold Group ingin memohon keampunan drp rakan2 jika ada kesalahan selama ini.
Sesuai dgn Kuliah Subuh Tok Guru Nik Aziz pagi tadi yg menyatakan bahawa kita harus merebut peluang yg dikurniakan oleh Allah dgn kedatangan Ramadahan al-Mubarak. Bulan ini Allah telah menjanjikan pelbagai ganjaran dan rahmat. Ianya bermula pada malam 1 Ramadhan lagi (kemungkinan malam ni). 10 hari pertama adalah malam keampunan, 10 hari kedua pula adalah malam mendapat Rahmat drp Allah SWT dan 10 hari terakhir ialah bonus bonanza di mana Allah akan "memadam nama" mereka yg berada di dalam senarai ahli  Neraka utk dimasukkan ke dlm syurga. Subhanallah....

Selamat Menjalani Ibadah Puasa dgn penuh Sabar dan Tawaduk....


Sax-Gold

Friday, August 6, 2010

1 gm 999 DGE


Insyaallah, minggu hadapan 1 gm DGE akan dilancarkan. Ia berikutan pertanyaan orang ramai mengenainya.
Namun begitu, utk pengetahuan semua, kos minting 1 gm ini adalah agak mahal kerana nilainya 1 gm, maka profit marginnya agak kecil. Sedangkan kos minting adalah sama biarpun barangan tersebut seberat 100 gm. hu hu hu

Namun begitu, memenuhi tanggungjawab utk menggalakkan orang ramai berjinak2 dgn emas ini, pihak DGE telah bersetuju utk mengeluarkan sebanyak 50 keping 1 gm 999 sbg permulaan. Harga bakal diketahui semasa pelancaran DGE 1 gm itu nanti. Namun tidak jauh berbeza dgn jenama yg ada sekarang ini. Sesuai dgn kos yg agak tinggi, maka harga adalah berlegar di dalam lingkungan tersebut.

Sama-samalah kita nantikannya nanti. Semoga dgn kehadiran semasa bulan Ramadhan ini akan lebih memberkati lagi usaha y selama in telah dilakukan. Terima kasih kpd yg memberi sokongan selama ini.

Sax-Gold

Saturday, July 24, 2010

Persoalan Jual Beli Emas : UZAR

asslammualaikum ustaz..saya pohon pendapat ustaz tentang urusniaga yg telah saya ceburi

saya adalah seorang penjual emas fizikal..tentang penulisan ustaz pasal pelaburan emas..saya dah faham dan alhamdulillah saya tidak amalkan..cuma saya nak kepastian dari ustz..tentang beberapa situasi urusniaga emas..

situasai 1

saya membeli emas dengan ansuran..bayar 4kali..tetapi emas itu hanya akan saya dapat setelah saya habis bayar dan harga nya tetah ditetapkan dipersetujui pada awal perbincangan..contohnya katakan saya nak beli emas harga pada hari persetujuan itu katakan RM500 ikut harga emas semasa..dgn peretujuan itu saya bayar secara ansuran selama 4bln yakni 500/4=RM125 sebulan sahaja..selepas habis bayar emas itu, baru emas itu berada ditanggan saya..jadi soalan saya haram ke urusniaga ini dan ada riba ke urusniaga ini..

jika tiada riba dan halal..bagaimana nak kira tempoh zakatnya..adakah semasa proses persetujuan atau ketika emas itu ada ditanggan saya..

saya berharap ustaz dapat menjawab pertanyaan saya..saya amat-amat merayu agar ustaz tolong saya..sebab urus niaga itu sudah lama berlalu..jika salah tolong terbitkan dalam web ustaz..

UZAR : jika ikut fatwa dari empat mazhab, cara belian ansuran tu walau tak ada interest tetapi ia tetap RIBA kerana sebarang tangguhan beeerti riba an-nasiah

Assalamualaikum UZAR, Mengenai pembelian emas kijang emas ini, bagaimana kalau pembelian menggunakan cara berhutang iaitu satu syarikat menawarkan pembelian dengan cara berhutang dan dibayar mengikut kadar yang telah ditentukan untuk setiap bulan. contohnya harga 12 keping emas jumlahnya 20,000 dan bayaran bulanan sebanyak RM 245 sebulan selama 7 tahun secara ansuran tanpa ada faedah ke atas pinjaman tersebut, kemudian emas yang dibeli tadi secara hutang diperniagakan dan keuntungan dimasukan ke dalam akauan pembeli setiap bulan sekiranya pembeli membayar hutang RM 245 tersebut.
Penerangan daripada ustaz amat dihargai.

UZAR : Soalan yang baik, jawpaannya HARAM kerana syarat pembelian emas adalah 'yadan di yadin' iaitu serah terima semuanya dalam satu masa.
Ia juga fatwa Majlis Fiqh Dunia


Rujuk blog Ust Zaharudin;Utk apa2 pertanyaan sila ke blog beliau

Tuesday, July 20, 2010

Rega cantik nak beli emas

Salam,

 Minggu ni adalah harga terbaik utk membeli. Harga emas yg turun ni, memang elok la kita pakat membeli. Kalau ikut Tech analisis oleh saudara Hafiz, berkemungkinan bulan Aug harga akan mula naik.

Apa-apa pun, ia bergantung kepada keadaan dan situasi semasa. Sekarang ini, adalah harga yg terbaik utk membeli.

Sax-Gold Ent menawarkan harga terbaik kpd anda

Dinar Kulim         1 Dinar = RM 550
Dinar Muslim       1 Dinar = RM 550
Rantai tgn 916                     RM 123/ gm

Beli Emas Lama (916)         RM 103.70 / gm

Beli Goldbar 999                 RM 117/ gm


1 Dirham                             RM 15
5 Dirham                             RM 75
10 Dirham                           RM 150

Silverbar 100 gm                 RM 300

Coins capsule 27 mm
& 29 mm (min 10 pcs)        RM 1.00

Penimbang Emas 200 gm    RM 180
Penimbang Emas 500 gm    RM 220
Densiti meter (Gold tester)  RM 2800


Terms and condition apply.
Bergantung kpd harga semasa

Wednesday, July 14, 2010

Dinar Kulim diterima di Ar-Rahn Bank Islam

Salam,

Pada petang tadi saya telah selesai berurusan dgn Ar-Rahn Bank Islam Kota Bharu. Sebenarnya, semalam lagi saya dah bertanya khabar di kaunter mereka.Cuma hari ini saya dapat berurusan dgn sempurna. Bercakap mengenai Ar- Rahn Bank Islam (ARBI) ini, ianya telah dirasmikan oleh Perdanan Menteri pada 16 Jun 2010. Di Kelantan ARBI mempunyai 2 cawangan iaitu di Pasir Puteh dan Kota Bharu. Cawangan Kota Bharu ianya terletak behampiran bangunan MARA K.Bharu.


Pembukaan ARBI ini menunjukkan kekuatan emas itu sudah terbukti dan membuka mata banyak pihak akan kepentingan emas ini. Alhamdulillah, satu demi satu Ar-Rahn telah dibuka oleh institusi2 bank.

Berbalik pada tajuk di atas, saya telah membawa sekeping Dinar Kulim dan sekeping goldbar utk dipajak. Nampaknya, goldbar tersebut diterima kerana beliau pernah melihat dan memprosesnya sebelum ini. Namun, bagaimana pula dgn Dinar Kulim ni... Suspen wooo....  

Pada mulanya, pegawai tersebut tidak begitu menerima kerana beliau sendiri belum pernah melihat. Tetapi, setelah diuji degan "densiti meter" beliau terbukti cukup berpuas hati dgn ketulenan Dinar Kulim tersebut dan sudah tentu bacaan 22K yg dapat diperolehi tadi. Sekurang2nya ia membuktikan kpd orang ramai bahawa ketulenan Dinar Kulim tidak boleh disangkalkan lagi.

Sebelum proses dilakukan, saya telah bertanya tentang prosedur2 dan harga yg digunapakai oleh ARBI. Pihak ARBI mengatakan mereka mempunyai harga sendiri dan tidak di"publish" lagi di mana2 pada waktu ini. Pada asasnya mereka mengambil kira harga semasa, tetapi berdasarkan harga "used gold".  Wah...!!! ini lagi menarik dan mari kita lihat kadar caj dan lain2 lagi.


            a.      Margin Pinjaman adalah drp 60 sehingga 70% dan pemegang akaun Bank Islam akan             mendapat "extra" 10% menjadikan 80%.....!!!

            b.      Upah simpan (Bulanan) :         (Nilai Marhun)
                     i.        rm 0.60                        sehingga rm 500
                     ii.       rm 0.70                        sehingga rm 2500
                     iii.      rm 0.80                         melebihi rm 2500

            c.      Gadaian adalah selama 6 bulan dan boleh di sambung lagi selama 6 bulan.
                     Jika dalam masa 9 bulan penggadai tidak membayar upah simpan @ tebus ARBI berhak melelong barangan gadaian tsb.

            d.      Gadaian dilindungi oleh takaful (ini saya tidak dapat maklumat lanjut)

 Daripada resit di atas, maklumat yg saya perolehi ialah:
          1.         Berat goldbar 20.01 gm dan Dinar Kulim 4.27 gm (24.28 gm)
          2.         Nilai Marhun: RM 2913.11
          3.         Upah simpan: RM 26.67 / bulan
          4.         Pinjaman: RM 2000
Jika di buat kiraan:
          1.         Margin pinjaman saya ialah :    68.65 %
          2.         Harga yg diambil lbh kurang RM 120 / gm
          3.         Kadar upah simpan :   0.916 ( mungkin ada kiraan lain yg tidak dinyatakan * takaful ??*

Kesimpulan:

Ada kelebihan dan kekurangan ARBI ini drp kaca mata dan pemerhatian saya. Antara kelebihannya :
1.          ia dapat menerima jongkong emas atau syiling yg mana tidak diterima oleh Ar Rahnu Bank Rakyat.
2.          Harga yg diambil rendah berpandukan harga "usedgold" dapat mengurangkan kadar upah simpan yg tinggi dan kiraan semasa lelong nanti akan mempunyai spread yg rendah di mana penggadai tidak akan rugi banyak selain tolak kos pengurusan.

Antara kekurangan perkhidmatan ARBI :
1.         tidak mempunyai harga yg boleh dirujuk oleh penggadai.
2.         Cara pengiraan kos margin dan upah simpan agak tidak konsisten (perlu penerangan lanjut)
3.         Tidak dikategorikan "karat" emas tertentu di mana satu kadar yg diguna pakai

Namun begitu, berkemungkinan ARBI masih baru dlm dunia dan urusan Ar-Rahn ini,tetapi ada kelebihan yg patut di ambil contoh dan di manfaatkan oleh pengguna. Jadi, berhemah lah dlm urusan pajak dan gadai ini supaya tidak membebankan kita di suatu masa nanti. Jika ada apa2 masalah, rujuklah kpd rakan2 yg lebih mengetahui di tempat yg berdekatan dgn anda. Kami di Sax-Gold Ent dan DinarGold Ent sedia membantu anda secara percuma..... :)



* Fakta adalah atas dar pengiraan penulis sendiri krn tidak ada bahan rujukan @ sumber yg dapat diambil melainkan resit gadaian tersebut yg mengandungi syarat2 dan prosedur2.

Thursday, July 8, 2010

Teknik Merempit Lagi????

Salam,

Di sini saya ingin bangkitkan isu rempit-merempit emas lagi.... Mengapa??? Saya tidak mahu nanti ada lagi rakan2 kita yg "terkena" dgn teknik yg "magic" ini.

Sebagai orang baru dlm bidang ini, saya tak banyak tips untuk dikongsi bersama.. Namun begitu, sedikit sebanyak pengalaman dlm dunia "emas' ini dapatlah saya berkongsi bersama. Saya tidaklah sehebat spt Hj Omar, En Syukur atau Pokli. Mereka mempunyai aura yg tersendiri dan kelebihan masing2. Tujuan artikel ini tidak lebih untuk saling meningati antara satu sama lain dan bukannya utk mengkritik sesiapa pun.


Teknik Merempit (Pajak dan beli)

Tahukah anda mengapa orang memajak barangan emas? Ya, tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mendapatkan wang. Wang itu untuk apa? Ada orang kerana mereka perlu kerana terdesak, ada yg kerana untuk membuat modal pusingan dan anda pula? Untuk membeli emas??? Apa yg perlu anda tahu dan fikirkan di sini ialah keperluan dan kemampuan anda untuk melakukan aktiviti rempit-merempit  ini.

Soalan pertama yg harus anda fikirkan ialah kemampuan anda untuk menebus barangan tersebut dan cara untuk mendapatkan "wang lebih" untuk membayar upah. Anda perlu ingat, jka teknik ini disertakan dgn teknik nilaian semula dan anda akan perolehi wang lebih.... Ia adalah penipu. Teknik ini adalah secara halus untuk menambah hutang anda secara tidak sedar. Dan secara angan-angannya anda sudah memiliki fizikal emas yg banyak di dalam ar-rahnu. Tetapi, realitinya anda hanya miliki hak mutlak bernilai 35 % sahaja  dia atas kertas. Dan yg lebih malang lagi nilai 35% itu bukanlah satu angka yg kita boleh dapati spt tertera di dalam surat pajak dalam ruangan "marhun". Ia di nilai dgn harga emas semasa yg di kira drp harga "spotgold". Bukan dengan harga Bank Rakyat pada waktu itu. Jika tidak percaya, sila tunggu barang anda untuk di lelong ( Sila hubungi saya jika tidak faham maksud harga spotgold tsb)

Adalah lebih teruk lagi, jika anda membeli barangan emas ini dgn teknik memajak dahulu.... Biar saya ingatkan sahabat2 di luar sana, belilah emas ini apabila ada wang lebih atau yg diperuntukkan. Atau dgn kata lain, beli dgn kemampuan kita. Kepada sahabat2 yg menjual pula, berilah penerangan yg betul dan tepat. Jangan hanya memikirkan keuntungan sahaja. Terangkan segala yg "hidden" semoga tiada sahabat kita yg terkena dan menyusahkan orang lain. Anda perlu ingat, mereka juga punyai keluarga dan anak2....

Sekian, utk bhg ke-dua


Sax-Gold

Monday, July 5, 2010

Perkhidmatan mencuci emas @ perak

Warga Kota Bharu atau pelancong boleh dapatkan perkhidmatan mencuci barang kemas emas @ perak dgn harga tawaran rm 3/ item. Teknik cucian berbeza untuk cincin dan juga barangan kemas lain. Hasilnya adalh mengagumkan.

Cuba dahulu satu, untuk melihat sendiri.

(Kalau tak caya tanya Eye atau LYGold he he he)


Plot C 122, Bazar Tengku Anis Kota Bharu, Kelantan



* Kalau tak nak cuci pun tak pe... boleh jual terus dgn kami. Harga dijamin tinggi.
Sax-Gold   :)

Wednesday, June 30, 2010

SAX-GOLD at Mudah.Com

Panduan Zakat Emas Anda

Borang Pesanan

Nama:
No Tel / HP :
Email Address:
Pesanan :
Belian lain, sila nyatakan:
Penghantaran: Ambil sendiri
Pos Laju
Simpan dahulu
Alamat :

Free email forms

Iklankan Produk di sini

Iklankan Produk di sini
Tambahkan network anda di sini