Link

Klik utk jawapan

Sax-Gold Ent

Terbaru di LELONGEMAS

SilverHunter

Thursday, July 8, 2010

Teknik Merempit Lagi????

Salam,

Di sini saya ingin bangkitkan isu rempit-merempit emas lagi.... Mengapa??? Saya tidak mahu nanti ada lagi rakan2 kita yg "terkena" dgn teknik yg "magic" ini.

Sebagai orang baru dlm bidang ini, saya tak banyak tips untuk dikongsi bersama.. Namun begitu, sedikit sebanyak pengalaman dlm dunia "emas' ini dapatlah saya berkongsi bersama. Saya tidaklah sehebat spt Hj Omar, En Syukur atau Pokli. Mereka mempunyai aura yg tersendiri dan kelebihan masing2. Tujuan artikel ini tidak lebih untuk saling meningati antara satu sama lain dan bukannya utk mengkritik sesiapa pun.


Teknik Merempit (Pajak dan beli)

Tahukah anda mengapa orang memajak barangan emas? Ya, tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mendapatkan wang. Wang itu untuk apa? Ada orang kerana mereka perlu kerana terdesak, ada yg kerana untuk membuat modal pusingan dan anda pula? Untuk membeli emas??? Apa yg perlu anda tahu dan fikirkan di sini ialah keperluan dan kemampuan anda untuk melakukan aktiviti rempit-merempit  ini.

Soalan pertama yg harus anda fikirkan ialah kemampuan anda untuk menebus barangan tersebut dan cara untuk mendapatkan "wang lebih" untuk membayar upah. Anda perlu ingat, jka teknik ini disertakan dgn teknik nilaian semula dan anda akan perolehi wang lebih.... Ia adalah penipu. Teknik ini adalah secara halus untuk menambah hutang anda secara tidak sedar. Dan secara angan-angannya anda sudah memiliki fizikal emas yg banyak di dalam ar-rahnu. Tetapi, realitinya anda hanya miliki hak mutlak bernilai 35 % sahaja  dia atas kertas. Dan yg lebih malang lagi nilai 35% itu bukanlah satu angka yg kita boleh dapati spt tertera di dalam surat pajak dalam ruangan "marhun". Ia di nilai dgn harga emas semasa yg di kira drp harga "spotgold". Bukan dengan harga Bank Rakyat pada waktu itu. Jika tidak percaya, sila tunggu barang anda untuk di lelong ( Sila hubungi saya jika tidak faham maksud harga spotgold tsb)

Adalah lebih teruk lagi, jika anda membeli barangan emas ini dgn teknik memajak dahulu.... Biar saya ingatkan sahabat2 di luar sana, belilah emas ini apabila ada wang lebih atau yg diperuntukkan. Atau dgn kata lain, beli dgn kemampuan kita. Kepada sahabat2 yg menjual pula, berilah penerangan yg betul dan tepat. Jangan hanya memikirkan keuntungan sahaja. Terangkan segala yg "hidden" semoga tiada sahabat kita yg terkena dan menyusahkan orang lain. Anda perlu ingat, mereka juga punyai keluarga dan anak2....

Sekian, utk bhg ke-dua


Sax-Gold

6 comments:

  1. Salam bro sax. terima kasih atas nasihat n peringatan .

    Pada pendapat sy pula. Teknik rempit ni mesti memenuhi beberapa syarat berikut:

    1. Harga emas mesti tgh jatuh atleast 6% dr harga tertinggi bln tu..( sbb bila harga dah naik boleh la jual )

    2. Mempunyai customer based yg ramai...( senang nak jual bila rege dah naik nanti )

    3. Duit pajak wajib beli emas or meniaga utk mendatangkan untung.

    4. Untuk yg baru nak test pajak jangan gatal nak pajak 100g terus pajak la yg 10g dulu then tgk bagaimana hasilnye..

    5. Lastly kalo setakat nak simpan emas dan tunggu harga emas naik teknik ni tak sesuai rasanya.. teknik sesuai utk para peniaga sahaja..

    Syarat2 ni utk sy je..kalo tak faham leh contact sy di 0177675446 Azrul @ Cikguasar

    ReplyDelete
  2. Saya setuju dgn cikgu... harap2 peniaga macam cikgu ramai. Apa yg saya concerned ialah penerangan bukan produk. Produk adalah sama dan pilihan masing2... Jangan kita ambil kesempatan terhadap newbies cukup itu sahaja. Sepatutnya kita bimbing dan Insyaallah usaha mendidik emas ini akan berkembang dan ramai akan sedar. Jika sebaliknya, org akan memandang negatif dan merugikan kita jugak akhirnya.

    ReplyDelete
  3. Salam

    Sila rempit secara berhemah....ebizz juga menawarkan rempit pd kawan sepejabat..hahahaa.. setakat RM50 hinggit boleh la.. takyah cagar apaapa

    ReplyDelete
  4. trima kasih saxgold..

    ReplyDelete
  5. gud info abe sax...
    ambo klu rempit pn sebab nk buy back jah,lps tu jual nga rego standard,lps jual br tebus balik n kire untung...hehe..
    klu sajo2 nk g rempit utk beli emas lagi mmg x brani dh woo..sblm ni dh terkeno beberapa kali...nk sgt kejar untung last2 rugi...
    hehehe...

    ReplyDelete
  6. salam

    wah..nama kawe pun ada....terima kasih.....

    teknik merempit utk org yg berani dan ada objektif....jgn merempit tak tentu pasal..karang jatuh terluka.......semua boleh buat ikut KESIHATAN KEWANGAN masing-masing

    jgn ikut orang....

    pokli rempit nak bayar duit bayar loyar rumah + buy back dinar skit2...

    ReplyDelete

SAX-GOLD at Mudah.Com

Panduan Zakat Emas Anda

Borang Pesanan

Nama:
No Tel / HP :
Email Address:
Pesanan :
Belian lain, sila nyatakan:
Penghantaran: Ambil sendiri
Pos Laju
Simpan dahulu
Alamat :

Free email forms

Iklankan Produk di sini

Iklankan Produk di sini
Tambahkan network anda di sini