Link

Klik utk jawapan

Sax-Gold Ent

Terbaru di LELONGEMAS

SilverHunter

Saturday, July 24, 2010

Persoalan Jual Beli Emas : UZAR

asslammualaikum ustaz..saya pohon pendapat ustaz tentang urusniaga yg telah saya ceburi

saya adalah seorang penjual emas fizikal..tentang penulisan ustaz pasal pelaburan emas..saya dah faham dan alhamdulillah saya tidak amalkan..cuma saya nak kepastian dari ustz..tentang beberapa situasi urusniaga emas..

situasai 1

saya membeli emas dengan ansuran..bayar 4kali..tetapi emas itu hanya akan saya dapat setelah saya habis bayar dan harga nya tetah ditetapkan dipersetujui pada awal perbincangan..contohnya katakan saya nak beli emas harga pada hari persetujuan itu katakan RM500 ikut harga emas semasa..dgn peretujuan itu saya bayar secara ansuran selama 4bln yakni 500/4=RM125 sebulan sahaja..selepas habis bayar emas itu, baru emas itu berada ditanggan saya..jadi soalan saya haram ke urusniaga ini dan ada riba ke urusniaga ini..

jika tiada riba dan halal..bagaimana nak kira tempoh zakatnya..adakah semasa proses persetujuan atau ketika emas itu ada ditanggan saya..

saya berharap ustaz dapat menjawab pertanyaan saya..saya amat-amat merayu agar ustaz tolong saya..sebab urus niaga itu sudah lama berlalu..jika salah tolong terbitkan dalam web ustaz..

UZAR : jika ikut fatwa dari empat mazhab, cara belian ansuran tu walau tak ada interest tetapi ia tetap RIBA kerana sebarang tangguhan beeerti riba an-nasiah

Assalamualaikum UZAR, Mengenai pembelian emas kijang emas ini, bagaimana kalau pembelian menggunakan cara berhutang iaitu satu syarikat menawarkan pembelian dengan cara berhutang dan dibayar mengikut kadar yang telah ditentukan untuk setiap bulan. contohnya harga 12 keping emas jumlahnya 20,000 dan bayaran bulanan sebanyak RM 245 sebulan selama 7 tahun secara ansuran tanpa ada faedah ke atas pinjaman tersebut, kemudian emas yang dibeli tadi secara hutang diperniagakan dan keuntungan dimasukan ke dalam akauan pembeli setiap bulan sekiranya pembeli membayar hutang RM 245 tersebut.
Penerangan daripada ustaz amat dihargai.

UZAR : Soalan yang baik, jawpaannya HARAM kerana syarat pembelian emas adalah 'yadan di yadin' iaitu serah terima semuanya dalam satu masa.
Ia juga fatwa Majlis Fiqh Dunia


Rujuk blog Ust Zaharudin;Utk apa2 pertanyaan sila ke blog beliau

Tuesday, July 20, 2010

Rega cantik nak beli emas

Salam,

 Minggu ni adalah harga terbaik utk membeli. Harga emas yg turun ni, memang elok la kita pakat membeli. Kalau ikut Tech analisis oleh saudara Hafiz, berkemungkinan bulan Aug harga akan mula naik.

Apa-apa pun, ia bergantung kepada keadaan dan situasi semasa. Sekarang ini, adalah harga yg terbaik utk membeli.

Sax-Gold Ent menawarkan harga terbaik kpd anda

Dinar Kulim         1 Dinar = RM 550
Dinar Muslim       1 Dinar = RM 550
Rantai tgn 916                     RM 123/ gm

Beli Emas Lama (916)         RM 103.70 / gm

Beli Goldbar 999                 RM 117/ gm


1 Dirham                             RM 15
5 Dirham                             RM 75
10 Dirham                           RM 150

Silverbar 100 gm                 RM 300

Coins capsule 27 mm
& 29 mm (min 10 pcs)        RM 1.00

Penimbang Emas 200 gm    RM 180
Penimbang Emas 500 gm    RM 220
Densiti meter (Gold tester)  RM 2800


Terms and condition apply.
Bergantung kpd harga semasa

Wednesday, July 14, 2010

Dinar Kulim diterima di Ar-Rahn Bank Islam

Salam,

Pada petang tadi saya telah selesai berurusan dgn Ar-Rahn Bank Islam Kota Bharu. Sebenarnya, semalam lagi saya dah bertanya khabar di kaunter mereka.Cuma hari ini saya dapat berurusan dgn sempurna. Bercakap mengenai Ar- Rahn Bank Islam (ARBI) ini, ianya telah dirasmikan oleh Perdanan Menteri pada 16 Jun 2010. Di Kelantan ARBI mempunyai 2 cawangan iaitu di Pasir Puteh dan Kota Bharu. Cawangan Kota Bharu ianya terletak behampiran bangunan MARA K.Bharu.


Pembukaan ARBI ini menunjukkan kekuatan emas itu sudah terbukti dan membuka mata banyak pihak akan kepentingan emas ini. Alhamdulillah, satu demi satu Ar-Rahn telah dibuka oleh institusi2 bank.

Berbalik pada tajuk di atas, saya telah membawa sekeping Dinar Kulim dan sekeping goldbar utk dipajak. Nampaknya, goldbar tersebut diterima kerana beliau pernah melihat dan memprosesnya sebelum ini. Namun, bagaimana pula dgn Dinar Kulim ni... Suspen wooo....  

Pada mulanya, pegawai tersebut tidak begitu menerima kerana beliau sendiri belum pernah melihat. Tetapi, setelah diuji degan "densiti meter" beliau terbukti cukup berpuas hati dgn ketulenan Dinar Kulim tersebut dan sudah tentu bacaan 22K yg dapat diperolehi tadi. Sekurang2nya ia membuktikan kpd orang ramai bahawa ketulenan Dinar Kulim tidak boleh disangkalkan lagi.

Sebelum proses dilakukan, saya telah bertanya tentang prosedur2 dan harga yg digunapakai oleh ARBI. Pihak ARBI mengatakan mereka mempunyai harga sendiri dan tidak di"publish" lagi di mana2 pada waktu ini. Pada asasnya mereka mengambil kira harga semasa, tetapi berdasarkan harga "used gold".  Wah...!!! ini lagi menarik dan mari kita lihat kadar caj dan lain2 lagi.


            a.      Margin Pinjaman adalah drp 60 sehingga 70% dan pemegang akaun Bank Islam akan             mendapat "extra" 10% menjadikan 80%.....!!!

            b.      Upah simpan (Bulanan) :         (Nilai Marhun)
                     i.        rm 0.60                        sehingga rm 500
                     ii.       rm 0.70                        sehingga rm 2500
                     iii.      rm 0.80                         melebihi rm 2500

            c.      Gadaian adalah selama 6 bulan dan boleh di sambung lagi selama 6 bulan.
                     Jika dalam masa 9 bulan penggadai tidak membayar upah simpan @ tebus ARBI berhak melelong barangan gadaian tsb.

            d.      Gadaian dilindungi oleh takaful (ini saya tidak dapat maklumat lanjut)

 Daripada resit di atas, maklumat yg saya perolehi ialah:
          1.         Berat goldbar 20.01 gm dan Dinar Kulim 4.27 gm (24.28 gm)
          2.         Nilai Marhun: RM 2913.11
          3.         Upah simpan: RM 26.67 / bulan
          4.         Pinjaman: RM 2000
Jika di buat kiraan:
          1.         Margin pinjaman saya ialah :    68.65 %
          2.         Harga yg diambil lbh kurang RM 120 / gm
          3.         Kadar upah simpan :   0.916 ( mungkin ada kiraan lain yg tidak dinyatakan * takaful ??*

Kesimpulan:

Ada kelebihan dan kekurangan ARBI ini drp kaca mata dan pemerhatian saya. Antara kelebihannya :
1.          ia dapat menerima jongkong emas atau syiling yg mana tidak diterima oleh Ar Rahnu Bank Rakyat.
2.          Harga yg diambil rendah berpandukan harga "usedgold" dapat mengurangkan kadar upah simpan yg tinggi dan kiraan semasa lelong nanti akan mempunyai spread yg rendah di mana penggadai tidak akan rugi banyak selain tolak kos pengurusan.

Antara kekurangan perkhidmatan ARBI :
1.         tidak mempunyai harga yg boleh dirujuk oleh penggadai.
2.         Cara pengiraan kos margin dan upah simpan agak tidak konsisten (perlu penerangan lanjut)
3.         Tidak dikategorikan "karat" emas tertentu di mana satu kadar yg diguna pakai

Namun begitu, berkemungkinan ARBI masih baru dlm dunia dan urusan Ar-Rahn ini,tetapi ada kelebihan yg patut di ambil contoh dan di manfaatkan oleh pengguna. Jadi, berhemah lah dlm urusan pajak dan gadai ini supaya tidak membebankan kita di suatu masa nanti. Jika ada apa2 masalah, rujuklah kpd rakan2 yg lebih mengetahui di tempat yg berdekatan dgn anda. Kami di Sax-Gold Ent dan DinarGold Ent sedia membantu anda secara percuma..... :)



* Fakta adalah atas dar pengiraan penulis sendiri krn tidak ada bahan rujukan @ sumber yg dapat diambil melainkan resit gadaian tersebut yg mengandungi syarat2 dan prosedur2.

Thursday, July 8, 2010

Teknik Merempit Lagi????

Salam,

Di sini saya ingin bangkitkan isu rempit-merempit emas lagi.... Mengapa??? Saya tidak mahu nanti ada lagi rakan2 kita yg "terkena" dgn teknik yg "magic" ini.

Sebagai orang baru dlm bidang ini, saya tak banyak tips untuk dikongsi bersama.. Namun begitu, sedikit sebanyak pengalaman dlm dunia "emas' ini dapatlah saya berkongsi bersama. Saya tidaklah sehebat spt Hj Omar, En Syukur atau Pokli. Mereka mempunyai aura yg tersendiri dan kelebihan masing2. Tujuan artikel ini tidak lebih untuk saling meningati antara satu sama lain dan bukannya utk mengkritik sesiapa pun.


Teknik Merempit (Pajak dan beli)

Tahukah anda mengapa orang memajak barangan emas? Ya, tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mendapatkan wang. Wang itu untuk apa? Ada orang kerana mereka perlu kerana terdesak, ada yg kerana untuk membuat modal pusingan dan anda pula? Untuk membeli emas??? Apa yg perlu anda tahu dan fikirkan di sini ialah keperluan dan kemampuan anda untuk melakukan aktiviti rempit-merempit  ini.

Soalan pertama yg harus anda fikirkan ialah kemampuan anda untuk menebus barangan tersebut dan cara untuk mendapatkan "wang lebih" untuk membayar upah. Anda perlu ingat, jka teknik ini disertakan dgn teknik nilaian semula dan anda akan perolehi wang lebih.... Ia adalah penipu. Teknik ini adalah secara halus untuk menambah hutang anda secara tidak sedar. Dan secara angan-angannya anda sudah memiliki fizikal emas yg banyak di dalam ar-rahnu. Tetapi, realitinya anda hanya miliki hak mutlak bernilai 35 % sahaja  dia atas kertas. Dan yg lebih malang lagi nilai 35% itu bukanlah satu angka yg kita boleh dapati spt tertera di dalam surat pajak dalam ruangan "marhun". Ia di nilai dgn harga emas semasa yg di kira drp harga "spotgold". Bukan dengan harga Bank Rakyat pada waktu itu. Jika tidak percaya, sila tunggu barang anda untuk di lelong ( Sila hubungi saya jika tidak faham maksud harga spotgold tsb)

Adalah lebih teruk lagi, jika anda membeli barangan emas ini dgn teknik memajak dahulu.... Biar saya ingatkan sahabat2 di luar sana, belilah emas ini apabila ada wang lebih atau yg diperuntukkan. Atau dgn kata lain, beli dgn kemampuan kita. Kepada sahabat2 yg menjual pula, berilah penerangan yg betul dan tepat. Jangan hanya memikirkan keuntungan sahaja. Terangkan segala yg "hidden" semoga tiada sahabat kita yg terkena dan menyusahkan orang lain. Anda perlu ingat, mereka juga punyai keluarga dan anak2....

Sekian, utk bhg ke-dua


Sax-Gold

Monday, July 5, 2010

Perkhidmatan mencuci emas @ perak

Warga Kota Bharu atau pelancong boleh dapatkan perkhidmatan mencuci barang kemas emas @ perak dgn harga tawaran rm 3/ item. Teknik cucian berbeza untuk cincin dan juga barangan kemas lain. Hasilnya adalh mengagumkan.

Cuba dahulu satu, untuk melihat sendiri.

(Kalau tak caya tanya Eye atau LYGold he he he)


Plot C 122, Bazar Tengku Anis Kota Bharu, Kelantan



* Kalau tak nak cuci pun tak pe... boleh jual terus dgn kami. Harga dijamin tinggi.
Sax-Gold   :)

SAX-GOLD at Mudah.Com

Panduan Zakat Emas Anda

Borang Pesanan

Nama:
No Tel / HP :
Email Address:
Pesanan :
Belian lain, sila nyatakan:
Penghantaran: Ambil sendiri
Pos Laju
Simpan dahulu
Alamat :

Free email forms

Iklankan Produk di sini

Iklankan Produk di sini
Tambahkan network anda di sini