Link

Klik utk jawapan

Sax-Gold Ent

Terbaru di LELONGEMAS

SilverHunter

Saturday, March 27, 2010

Seni Pertukangan Melayu


Kedai Seni Pertukangan Melayu di Bazar Tg Anis, Kota Bharu


Menawarkan Perkhidmatan:

Tempahan barangan perak dan emas
Jual beli perak dan emas (terpakai @ baru)
Wakala Dinar Muslim dan Dirham Malaysia
Tempahan barangan kraf drp Perak
Tempahan syiling peringatan (berasaskan perak)
Menjual alat pertukangan spt penimbang dsb
Khidmat cuci dan menilai emas
* hanya rm 5 utk sekali cuci
Perunding emas dan perak


* tertakluk kpd terma dan Syarat

Saturday, March 20, 2010

Friday, March 12, 2010

Hudud, Dinar dan Mas Kahwin

Dr Hakimi Ibrahim. Utusan Malaysia: Wacana Islam (23/04/1999)

Al-Qurtubi dalam tafsir beliau yang masyhur apabila menyentuh tentang ayat,
" ... Patuhlah kepada Allah dan patuhlah kepada pesuruh Allah dan mereka yang memerintah kamu ... " (An - Nisa, 59)
telah menulis:
'Taat kepada sultan adalah berkenaan tujuh perkara - penempaan dinar dan dirham, penetapan berat dan ukuran, keputusan mahkamah, haji, solat Jumaat, Hari Raya Puasa dan Hari Raya Korban, dan jihad'

Jelaslah bahawa Al-Qurtubi meletakkan penempaan dinar dan dirham sebagai perkara utama dalam ketaatan kepada sultan. Keputusan mahkamah diletak sebagai perkara ketiga. Ini memperlihatkan tentang perkara yang perlu didahulukan dari segi kepentingan apabila kita bercakap mengenai kerajaan Islam. Soal hudud tentunya terletak dalam bahagian keputusan mahkamah.

Menurut Imam Malik dalam kitab Al-Muwatta (bab hudud), tangan pencuri dipotong jika seseorang itu mencuri barangan bernilai 3 dirham perak atau lebih. Satu dirham menurut nilai sekarang ialah hampir 1 dolar Amerika. Di Indonesia sebelum kegawatan ekonomi, 2 500 rupiah bersmaan dengan 1 dolar Amerika.

Oleh itu 3 dirham bersamaan dengan lebih kurang 7 500 rupiah. Tetapi apabila IMF campur tangan di Indonesia, nilai tukar rupiah sudah menjadi 16 000 rupiah untuk 1 dolar Amerika. Ini bermakna 3 dirham bersamaan dengan 48 000 rupiah.

Soalnya adakah hukum hudud tadi berasaskan 7 500 rupiah atau pun 48 000 rupiah? Mungkinkah ada yang kudung kerana mencuri 7 500 rupiah dan ada yang hilang tangannya hanya setelah mencuri 48 000 rupiah? Kita tidak mahu hukum hudud dilaksanakan berasaskan piawaian yang tidak menentu dan tidak menurut ajaran Islam apatah lagi menurut takrifan IMF. Imam Malik mengatakan 3 dirham kerana menurut sunah Rasulullah s.a.w. yang menghukum potong tangan ke atas orang yang mencuri suatu perisai yang berharga 3 dirham. Para khalifah pun telah melaksanakan hukum hudud tersebut ke atas ketetapan 3 dirham. Ketetapan ini tidak berubah kerana mata wang dinar dan dirham tiada spekulasi kerana ia merupakan mata wang yang menurut berat tertentu sahaja. Memang terdapat perbezaan sedikit menurut mazhab tertentu bagi kadar nisab untuk hukuman tersebut tetapi secara amnya piawaian yang digunakan ialah dinar dan dirham.

Dalam hal kewangan kita telah diingatkan oleh Perdana Menteri kita bahawa wang (kertas) sekarang tiada nilai intrinsik. Ia hanyalah kertas bernombor yang diberi 'nilai' oleh kerajaan. Maka tidak patutlah kertas itu diperdagangkan. Bagaimanakah kaitannya dedngan pelaksanaan hudud? Pastinya kita tidak mahu memotong tangan hanya kerana mencuri kertas yang pada hakikatnya tidak ada nilai kerana wang kertas sudah tidak ada sandaran emas lagi.

Umar Ibrahim Vadillo dalam buku beliau, The Return of The Gold Dinar ada menyebut bahawa Ibn Khaldun di dalam kitab Muqaddimah telah menulis:

"Kita rumuskan percakapan kita tentang penempaan dengan menyebut tentang hakikat dirham dan dinar menurut perundungan dan hakikat ukurannya kerana dinar dan dirham ditempa dalam dimensi dan berat yang berbeza di tempat atau daerah yang berbeza. Dalam al-Quran ada disebut mengenai dinar dan dirham dan banyak hal perundangan dikaitkan dengannya, contohnya zakat, perkahwinan, hudud dan sebagainya. Oleh itu kedua-duanya (dinar dan dirham) ada realiti dan ukuran tertentu untuk penaksiran (seperti zakat dan sebagainya) dan dengan itu hukuman boleh didasarkan."

Kepentingan dinar dan dirham yang menjadi asas kepada hukuman dalam hudud telah dijelaskan oleh Ibn Khaldun dan Al-Qurtubi. Malahan kita diingatkan bahawa zakat dan urusan perkahwinan pun dikaitkan dengan kedua-duanya. Tentulah kita tidak mahu berbicara tentang ketetapan hudud, pengiraan zakat dan mas kahwin yang boleh dispekulasi dan dikaitkan denga rejim dolar Amerika. Jika hukum hudud dan pembayaran zakat berasaskan dinar dan dirham, kaum Hawa pula meminta mas kahwin dan hantaran mereka dalam bentuk dinar dan dirham maka ini bermakna kita telah melakukan suatu tindakan politik yang besar. Tindakan ini akan membuka jalan kepada mata wang kita sendiri, piawaian kita sendiri, sambil memusnahkan haraoan rejim kewangan antarabangsa untuk mengongkong kita lagi.

Sekiranya kita memahami isu ini maka kita akan dapati bahawa seruan kepada hudud yang tidak mengutamakan hal penempaan dinar dan dirham sebenarnya ialah suatu seruan yang tidak lengkap.
Manifesto hudud akan dicemari spekulasi dan manipulasi oleh rejim kewangan dunia jika mengabaikan dinar dan dirham.

Di Dubai pada 23 Mac lalu akhbar The Gulf Today, Khaleej Times dan lain-lain akhbar utama di Amiriah Arab Bersatu telah melaporkan bahawa dinar emas dan dirham perak telah dilancarkan oleh pihak Dubai Department of Ports and Customs sempena suatu Pesta Membeli-belah Dubai 99. Dinar dan dirham tersebut telah dibekalkan oleh pihak Islamic Mint, London - yang diusahakan oleh masyarakat Islam Eropah.

Perkembangan di Dubai itu selari dengan ulasan Ibn Khaldun di dalam Muqaddimah, bahawa Allah menjadikan emas dan perak sebagai piawaian atau penentu nilai ukuran semua harta. Semoga usaha sebegini akan disambut di Malaysia untuk membolehkan kita mengembalikan dinar dan dirham sebagai mata wang Islam.

Saturday, March 6, 2010

Why Is the Gold Price Rising Now?

Source: Julian D. W. Phillips, GoldForecaster 03/05/2010

The piece we wrote on gold de-coupling from the dollar:euro exchange rate proved absolutely correct. The action of the last week has shown that gold rose strongly in the euro, in the pound and is moving up in the dollar alongside most currencies. Market commentators are now mentioning this, too. But this action involves far more than these two main currencies.

To make the point, we ask you, "Which is better, a glass cracked in the higher part of the glass or cracked in the lower part of the glass. Now replace the glasses with the dollar and the euro. Both are now under question.

The Devastation of Falling Confidence

The $50 Bill from yesteryear, then called a "Gold Certificate," was exchangeable for $50 worth of gold when gold was fixed at $20 an ounce. The modern note is not exchangeable for any gold let alone 2.5 ounces. Therein lies the problem of valuing any dollar bill. Its backing is your confidence in the government and the monetary authorities issuing it, as a reliable measure of value. But the U.S. is not alone. The Euro is going through a similar loss of confidence.

Now, put in your mind's eye into a situation where the currency has the backing of gold and the government overseeing the currency. The dual support gives it far more value. Now you have a currency without the backing of gold and with the backing of a government trying to control the state of the economy by printing vast quantities of money in the belief that when the time is right they will withdraw it and re-establish monetary stability. History alone gives us due cause to be prudent, doesn't it!

On my trip to London I was given a $100 Trillion bill [from Zimbabwe]. It will not even buy one sheet of toilet paper. The currency is no more.

If currencies are to retain more than a captive set of users it has to have the inherent disciplines that gold brings. But history has shown that both politicians and bankers cannot resist the power that comes with money and they eventually distort it. The distance between currency management that reinforces the value of that money [not just stable prices] no matter what pain is involved and profligacy is a long one. Once travelled it is extremely difficult to go back as confidence has gone. Take a look at both the euro and the dollar over the last few months and you can see how far along that road we have travelled.

Greece is threatening to go to the IMF and Germany still has not announced it is willing to bail out the country. Now look from Greece westward through Italy and Spain and those countries that rely on Tourist spending on second homes and holidays. They're all in the same boat. Once Greece is helped others will come too. It's more than just Greece for sure. If the IMF bails them out the euro will weaken.

The real issue is of course the dollar and the pound sterling. As we say in our Global currency slot below, we are waiting for the morning to arrive when we wake up and find one pound for commercial transactions and one pound for capital transactions [last time called the 'dollar premium'—the author started his Stock Exchange career as a dealer in the capital currency in 1971]. And as for the USD keep your eyes on those 10-year Treasuries to see how the dollar is faring internationally. If China has stopped buying them and selling, then the Yield will rise and the dollar will fall. Or did they just threaten to do so?
Sadly gold is now a Thermometer to the state of global currencies and the decay of confidence. As the dollar weakens we are seeing gold rise. As the euro weakens the gold price rises and when the pound falls gold rises. The price of gold in local currencies is being more widely quoted now, not just a USD price.

Indictment of All Currencies, Not Just the Euro and the Dollar

The problem is systemic. All currencies operate the same way and their health springs from the USD and the euro. Only resource-producing or China-oriented currencies look healthy at the moment. But even there we have to realize that national power lies with people irrevocably committed to putting their national interests ahead of global interests. A global reformation is called for! But in this scene, global national authorities, without the dominance of one single nation, have neither the will nor the competence to rectify problems.

Extrapolate this situation and you see an increase in the level of currency crises in both severity and consequence. Suddenly the musings of the IMF head, M. Strauss Kahn on a completely new global currency becomes pertinent. Unless this road is followed—and quickly—the situation will darken considerably.
This is why the gold price is moving now. As politics will have it, unless push comes to shove and the situation becomes dire, little will be done.
Smart money, institutional money is quietly moving a portion into gold as a measure of prudence.

Wednesday, March 3, 2010

Pengumuman: Pembukaan kedai Tukang Emas dan Perak serta wakala dinar dan dirham di Bazar Tengku Anis






Salam rakan2 semua,

Hanya untuk informasi... Sax-Gold Ent telah bekerjasama dgn Ras Tiang Seri Solution(tukang Perak dan Emas) untuk membuka kedai pameran dan menukang di Bazar Tengku Anis di Kota Bharu. (bangunan baru berdekatan dgn Masjid Muhammadi).

Alamat: Lot C 122, Tingkat Bawah, Bazar Tengku Anis, Jalan Tengku Puteri, Seksyen 7, 15300 Kota Bharu, Kelantan. Buat masa ini, masih dalam proses persiapan. Namun begitu aktiviti menempah barang atau jual beli sudah boleh dilakukan.

Gambar akan diuploadkan kemudian. Bagi rakan2 yg berkesempatan ke Kota Bharu, silalah ke kedai kami. Terdapat pelbagai barangan kemas perak dan emas untuk dimiliki dgn harga pembukaan, selain dinar dan dirham. Di samping itu, anda boleh menikmati Nasi ULam Cikgu yg berada berhampiran bangunan bazar tersebut.

Sekian, terima kasih

Hubungi: Ras Alimin (tukang) 0136825544
Perkhidmatan disediakan:

Mengambil tempahan barang kemas Emas dan perak @ suasa.
Mencuci emas @ perak.(cincin akan gunakan teknik polishing)
Menjual- beli emas dan perak terpakai.
Wakala dinar dan dirham. (Dinar Muslim dan Dinar Kelantan,Dirham Nusantara dan Dirham Kulim)
Khidmat nasihat.
Menawarkan harga rendah drp yg lain

SAX-GOLD at Mudah.Com

Panduan Zakat Emas Anda

Borang Pesanan

Nama:
No Tel / HP :
Email Address:
Pesanan :
Belian lain, sila nyatakan:
Penghantaran: Ambil sendiri
Pos Laju
Simpan dahulu
Alamat :

Free email forms

Iklankan Produk di sini

Iklankan Produk di sini
Tambahkan network anda di sini