Link

Klik utk jawapan

Sax-Gold Ent

Terbaru di LELONGEMAS

SilverHunter

Friday, March 12, 2010

Hudud, Dinar dan Mas Kahwin

Dr Hakimi Ibrahim. Utusan Malaysia: Wacana Islam (23/04/1999)

Al-Qurtubi dalam tafsir beliau yang masyhur apabila menyentuh tentang ayat,
" ... Patuhlah kepada Allah dan patuhlah kepada pesuruh Allah dan mereka yang memerintah kamu ... " (An - Nisa, 59)
telah menulis:
'Taat kepada sultan adalah berkenaan tujuh perkara - penempaan dinar dan dirham, penetapan berat dan ukuran, keputusan mahkamah, haji, solat Jumaat, Hari Raya Puasa dan Hari Raya Korban, dan jihad'

Jelaslah bahawa Al-Qurtubi meletakkan penempaan dinar dan dirham sebagai perkara utama dalam ketaatan kepada sultan. Keputusan mahkamah diletak sebagai perkara ketiga. Ini memperlihatkan tentang perkara yang perlu didahulukan dari segi kepentingan apabila kita bercakap mengenai kerajaan Islam. Soal hudud tentunya terletak dalam bahagian keputusan mahkamah.

Menurut Imam Malik dalam kitab Al-Muwatta (bab hudud), tangan pencuri dipotong jika seseorang itu mencuri barangan bernilai 3 dirham perak atau lebih. Satu dirham menurut nilai sekarang ialah hampir 1 dolar Amerika. Di Indonesia sebelum kegawatan ekonomi, 2 500 rupiah bersmaan dengan 1 dolar Amerika.

Oleh itu 3 dirham bersamaan dengan lebih kurang 7 500 rupiah. Tetapi apabila IMF campur tangan di Indonesia, nilai tukar rupiah sudah menjadi 16 000 rupiah untuk 1 dolar Amerika. Ini bermakna 3 dirham bersamaan dengan 48 000 rupiah.

Soalnya adakah hukum hudud tadi berasaskan 7 500 rupiah atau pun 48 000 rupiah? Mungkinkah ada yang kudung kerana mencuri 7 500 rupiah dan ada yang hilang tangannya hanya setelah mencuri 48 000 rupiah? Kita tidak mahu hukum hudud dilaksanakan berasaskan piawaian yang tidak menentu dan tidak menurut ajaran Islam apatah lagi menurut takrifan IMF. Imam Malik mengatakan 3 dirham kerana menurut sunah Rasulullah s.a.w. yang menghukum potong tangan ke atas orang yang mencuri suatu perisai yang berharga 3 dirham. Para khalifah pun telah melaksanakan hukum hudud tersebut ke atas ketetapan 3 dirham. Ketetapan ini tidak berubah kerana mata wang dinar dan dirham tiada spekulasi kerana ia merupakan mata wang yang menurut berat tertentu sahaja. Memang terdapat perbezaan sedikit menurut mazhab tertentu bagi kadar nisab untuk hukuman tersebut tetapi secara amnya piawaian yang digunakan ialah dinar dan dirham.

Dalam hal kewangan kita telah diingatkan oleh Perdana Menteri kita bahawa wang (kertas) sekarang tiada nilai intrinsik. Ia hanyalah kertas bernombor yang diberi 'nilai' oleh kerajaan. Maka tidak patutlah kertas itu diperdagangkan. Bagaimanakah kaitannya dedngan pelaksanaan hudud? Pastinya kita tidak mahu memotong tangan hanya kerana mencuri kertas yang pada hakikatnya tidak ada nilai kerana wang kertas sudah tidak ada sandaran emas lagi.

Umar Ibrahim Vadillo dalam buku beliau, The Return of The Gold Dinar ada menyebut bahawa Ibn Khaldun di dalam kitab Muqaddimah telah menulis:

"Kita rumuskan percakapan kita tentang penempaan dengan menyebut tentang hakikat dirham dan dinar menurut perundungan dan hakikat ukurannya kerana dinar dan dirham ditempa dalam dimensi dan berat yang berbeza di tempat atau daerah yang berbeza. Dalam al-Quran ada disebut mengenai dinar dan dirham dan banyak hal perundangan dikaitkan dengannya, contohnya zakat, perkahwinan, hudud dan sebagainya. Oleh itu kedua-duanya (dinar dan dirham) ada realiti dan ukuran tertentu untuk penaksiran (seperti zakat dan sebagainya) dan dengan itu hukuman boleh didasarkan."

Kepentingan dinar dan dirham yang menjadi asas kepada hukuman dalam hudud telah dijelaskan oleh Ibn Khaldun dan Al-Qurtubi. Malahan kita diingatkan bahawa zakat dan urusan perkahwinan pun dikaitkan dengan kedua-duanya. Tentulah kita tidak mahu berbicara tentang ketetapan hudud, pengiraan zakat dan mas kahwin yang boleh dispekulasi dan dikaitkan denga rejim dolar Amerika. Jika hukum hudud dan pembayaran zakat berasaskan dinar dan dirham, kaum Hawa pula meminta mas kahwin dan hantaran mereka dalam bentuk dinar dan dirham maka ini bermakna kita telah melakukan suatu tindakan politik yang besar. Tindakan ini akan membuka jalan kepada mata wang kita sendiri, piawaian kita sendiri, sambil memusnahkan haraoan rejim kewangan antarabangsa untuk mengongkong kita lagi.

Sekiranya kita memahami isu ini maka kita akan dapati bahawa seruan kepada hudud yang tidak mengutamakan hal penempaan dinar dan dirham sebenarnya ialah suatu seruan yang tidak lengkap.
Manifesto hudud akan dicemari spekulasi dan manipulasi oleh rejim kewangan dunia jika mengabaikan dinar dan dirham.

Di Dubai pada 23 Mac lalu akhbar The Gulf Today, Khaleej Times dan lain-lain akhbar utama di Amiriah Arab Bersatu telah melaporkan bahawa dinar emas dan dirham perak telah dilancarkan oleh pihak Dubai Department of Ports and Customs sempena suatu Pesta Membeli-belah Dubai 99. Dinar dan dirham tersebut telah dibekalkan oleh pihak Islamic Mint, London - yang diusahakan oleh masyarakat Islam Eropah.

Perkembangan di Dubai itu selari dengan ulasan Ibn Khaldun di dalam Muqaddimah, bahawa Allah menjadikan emas dan perak sebagai piawaian atau penentu nilai ukuran semua harta. Semoga usaha sebegini akan disambut di Malaysia untuk membolehkan kita mengembalikan dinar dan dirham sebagai mata wang Islam.

1 comment:

  1. selalu berpikir psl emas dn dirham ni,tp belum pernah pulak terpikir utk mengaitkanya dgn hukum hudud..

    ReplyDelete

SAX-GOLD at Mudah.Com

Panduan Zakat Emas Anda

Borang Pesanan

Nama:
No Tel / HP :
Email Address:
Pesanan :
Belian lain, sila nyatakan:
Penghantaran: Ambil sendiri
Pos Laju
Simpan dahulu
Alamat :

Free email forms

Iklankan Produk di sini

Iklankan Produk di sini
Tambahkan network anda di sini