Salam Ramadhan,
Agak sibuk dalam bulan yg mulia ini. Agak jarang ber"online" kerana tidak mahu melepaskan Tawaran dan Ganjaran yg menanti bagi mereka yg mencari. Seperti dalam Kuliah Tok Guru Nik Aziz; Malam 10 yg terakhir adalah malam yg sgt dinantikan krn ada ganjaran yg besar.... Di mana senarai nama yg yg sudah ada di Neraka akan di padam kan oleh Allaw SWT sebagai balasan kpd Hamba Nya yg taat kepadaNya. ( berunyung kpd sesiapa yg mendapatnya) Walaupun baru masuk hari ke 11 ( Sabtu)... tidak lah perlu kita menunggu hari 10 yg terakhir, kerana kita tidak pasti adakah sempat kita utk melangkaui hari2 yg ke depan ini.
Hanya Mukadimah Pembuka Bicara... Hangat diperkatakan tentang Dinar dan Dirham ini (DD) sekarang ini. Lebih2 lagi Dinar Kelantan yg baru. Terkesima kerajaan pusat mendengarnya... dan begitu teruja warga2 Kelantan mendengarnya di sulami dgn tepukan dan riuhan gemuruh drp abe , adik kakok... Bangga DD dibuat di "oversea" tambah2 CEO syarikat ialah orang Mat Salleh.... 3 kali bangga dibuatnya. Sohor sungguh
Para peniaga (emas) senyum lebar.. kerana dapat promosi percuma. Wartawan2 sibuk ke sana ke sini mencari berita, ada yg pro dan kontra... macam2 kerenah.. Para bloggers sibuk utk update berita, mempromosi dan berbincang... Ada yg kata ini, itu.... macam-macam. "Collector" pula, cibuk cari utk "complete" kan satu set.. Wow... satu set tu.... Banyak modal tu. Kalau Dirham tak apa, kena Dinar... beribu2 RM tu
Promosi di sana sini, di Kuliah, ceramah.... Sungguh sibuk... appointment merata2 tempat... "meeting" smpai nak nak berbuka puasa. Ada muka makcik Timah masuk surat Khabor dia beli guna DD... Lepas tu ada keluar ahli akademik ada yg mengkritik ada yg menyokong... Ahli politik??? lebih2 lagi... Pak Menteri.. Exco.. dan namakan lagi jawatan yg ada... semua keluarkan buah fikiran.....
Cukup gah, sohor dan glamer DD ini. Alhamdulillah.... bagus. Satu petanda baik utk org2 yg berfikir. Maka, mari kita lihat apa yg akan berlaku seterusnya...
Wasalam
P/S: Dinar Kulim hanya utk koleksi dan diguna bagi mereka yg mempelajari emas.
Hanya Jauhari mengenal manikam....
Sax-Gold
kemah artikel ni...
ReplyDeleteringkas tapi padat dgn mesej2 tersirat dan tersurat...
:)
fuh penuh makan tu ayat bro sax.. pepe pon sy terima semua jenis EMAS dan PERAK haahaha
ReplyDelete