Link

Klik utk jawapan

Sax-Gold Ent

Terbaru di LELONGEMAS

SilverHunter

Friday, November 5, 2010

Harga Dinar dan Dirham meningkat


Bermula tengah malam waktu Malaysia, Harga emas dan perak meningkat naik sehingga mencatatkan index tertinggi iaitu 1392usd/oz dan perak 26.5 usd/oz. Drp sumber yg dipercayai adalah di sebabkan pakej rangsangan oleh US.


Dengan secara langsungnya, harga dinar dan dirham turut terlibat. Sekarang ini, harga 1 dirham telah mencapai RM 18 di mana 2 ke 3 bulan lepas harganya baru RM 13 mencatatkan kenaikan lebih 38 %. Manakala 1 Dinar pula menampakkan kenaikan sekitar 8 ke 10 % dlm tempoh yg sama.

Ironinya, walaupun harga perak meningkat malangnya stok perak semakin sukar utk diperolehi. Baik dari dalam negara mahupun luar. Justeru, ia menjadikan perak satu logam yg begitu popular buat masa ini berbanding emas. 

Bagi saya, ia adalah satu perubahan yg positif dari kalangan rakyat Malaysia yg mana menjadi petunjuk bahawa penggunaan Dinar dan Dirham sudah dekat masanya. Mereka sudah sedar akan potensi perak dan nilai emas ini berbanding dgn wang fiat.


Selamat membeli emas dan perak aka dinar dan dirham. (Nisbah emas/perak hari ini = 1 : 52 )

ps: satu persoalan: dirham @ bullion yg patut dibeli ????


Sekian.



Sax-Gold

4 comments:

  1. saya pilih dirham, boleh guna utk beli brg,
    bullion org tak pakai nak beli brg, nanti nak makan kena bakar dulu pulak..hihihi...nak kena cari pembeli pulak utk mencairkannya...
    pendapat saya saje.

    ReplyDelete
  2. saya bersetuju dgn Hazzyati... sbb pada akhirnya tujuan dirham adalah utk digunakan sbg muamalah.Di mana sistem pertukaran (medium matawang) akan berdasarkan sukatan dirham ini. Ambil contoh negara jiran kita Indonesia. Setelah berlakunya krisis matawang pd thn 1998, mereka telah mulai sedar dan bertukar kpd D & D. ALhamdulillah, selepas 10 tahun.. mereka telah menampakkan kejayaan penggunaan D & D ini..

    ReplyDelete
  3. salam,
    pendapat saya bullion lebih bagus untuk simpanan. Harga lebih murah. Tak kira sama ada coin atau bullion realitinya ia masih lagi dikira sebagai komoditi.

    azamKL

    ReplyDelete

SAX-GOLD at Mudah.Com

Panduan Zakat Emas Anda

Borang Pesanan

Nama:
No Tel / HP :
Email Address:
Pesanan :
Belian lain, sila nyatakan:
Penghantaran: Ambil sendiri
Pos Laju
Simpan dahulu
Alamat :

Free email forms

Iklankan Produk di sini

Iklankan Produk di sini
Tambahkan network anda di sini