Link

Klik utk jawapan

Sax-Gold Ent

Terbaru di LELONGEMAS

SilverHunter

Monday, December 14, 2009

Transformasi goldbar kpd barang kemas


Saya mengambil peluang ini utk berkongsi bersama rakan2 yg mungkin agak susah hati dgn berita terbaru (atau rumors yg lebih tepatnya) yg menyelubungi fikiran dan perasaan anda. Ya... berita mengenai agensi pajak berlesen yg berkemungkinan tidak lagi menerima goldbar atau coins utk dipajak. Memang benar, orang kecil macam kita ini akan menghadapi masalah. Masalah untuk "rolling' perniagaan atau investment emas yg baru diceburi oleh kebanyakan drp kita. Bagi yg tahap "dewa atau gaban" sudah pasti tidak merasainya lagi, sekurang-kurangnya buat masa yg terdekat ini. Perahu kecil, kalau dilambung ombak pasti akan tenggelam, paling kurang goyah sudah pasti. Namun, bagi jangka masa yg panjang... pasti mereka akan terbabit jua.


Dari soal selidik yg saya buat tempoh hari Kaji selidik Emas saya dapati, hampir 80 % adalah dari kalangan yg baru mencebur di dalam masa kurang drp setahun. Selebihnya pun, tidak melebihi 2 tahun. 99% yg mengambil bahagian adalah dari kalangan bumiputera yg sebelum ini tidak pernah pun mengetahui apakah itu "pelaburan emas". Jadi, jika pihak berwajib masih hendak meneruskan perkara ini terjadi, maka akan hilang lah semangat, moral dan iltizam anak2 muda generasi baru ini ingin menabung, melabur dan berjinak-jinak dgn emas ini, setanding dgn rakan bangsa kita yg lain. Punah harapan mereka selama ini, yg mana baru menyedari akan kepentingan peyimpanan emas ini selari dgn kehendak agama dan rasullullah.


Mengapakah, bangsa2 asing atau agama lain selain Islam sedang dan telah mengumpul logam mulia ini. Hatta, sehinggakan kerajaan mereka pun menggalakkan rakyat menyimpan emas dan perak. Sebagaimana contoh negara China. Mereka antara pengeluar utama emas dunia, masih membeli drp luar negara. Bukan itu sahaja, malah tidak membenarkan hasil keluaran emas ini keluar drp negara mereka. Di tambah pula, sekarangi ini pihak kerajaan China telah membuka sistem pajakan utk logam Perak pula..... bayangkan, galakan drp kerajaan mereka agar rakyat sedar dan menyimpan logam2 mulia ini. Sehinggakan, di kaca televisyen, sering kali disiarkan agar rakyat membeli dan menyimpan logam2 mulia ini.

Bayak lagi fakta dan hakikat yg berlaku sekarang yg ingin saya tuliskan di sini. Tetapi bacaan berat spt ini, masih tidak lagi menjadi budaya kita...Persoalannya sekarang... bagaimanakah caranya kita ingin mengumpul kekuatan, agar impain, azam rakan2 kita yg selama ini dipendam lama akan menjadi kenyataan. Persoalan kita, bukanlah hanya bertanya mengapa perkara ini boleh berlaku..tetapi bagaimana mengatasinya.


Jika benar, bahawa benda ini kan berlaku. Kita sekurang-kurangnya perlulah membuat persediaan serba sedikit. Jangan sampai sehingga "last minute" baru lah nak membuat persiapan. Sediakan payung sebelum hujan. Tapi bukannya membuat sesuatu keputusan terburu-buru.  Berfikir secara rasional, dan perbincangan di dalam forum atau chatbox adalah satu petanda baik. Banyak informasi berguna segera diketahui. Saling mengingati juga adalah perlu, bukan hanya memikirkan keuntungan semata2. tetapi lebih kepada penerapan nilai murni serta akademik. Jika kesedaran akademik tinggi di kalangan kita, sudah pasti tidak akan berlaku skim2 yg sebelum ini diperkenalkan.



Oleh itu, kesimpulannya.. jika anda mempunyai masalah bagaimana untuk mengatasi perkara ini. Bolehlah berhubung dgn Rangkaian Rakan Niaga Omar, Shamsul atau Piji yg mana mungkin mereka mempunyai jalan penyelesaian mereka sendiri. Bagi pihak Rakan Niaga Omar dan saya, kami memberi peluang untuk anda Tranformasi Golbar kpd rantai tangan.. Semoga sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban utk menyimpan d dalam bentuk jongkong. Kami juga bersedia membantu utk menebus dan memberi khidmat kaunseling atau perunding jika terdapat mana2 rakan2 di luar sana yg masih mempunyai masalah dgn pajakan goldbar di Ar rahnu. Jikalau kami tidak mampu, kami akan panjangkan kepada rakan2 kita yg lain yg mempunyai network sendiri spt Shamsul, Piji dn lain2 yg ramai hanya 'low profile".



Cara-cara atau kaedah pengiraan Trasnformasi Goldbar kdp R. tangan boleh dilihat di sini Omar atau Sax-Gold . Namun begitu, ramai lagi rakan2 niaga yg di"link'kan drp blog2 ini seperti Adam, Samurai, Yomida, Ismail, AliKB, Wantwo dll yg tak disebut di sini.

Jangan segan silu utk hubungi kami. Sekian. Semoga kita akan bersatu agar cita2 dapat direalisasikan.







No comments:

Post a Comment

SAX-GOLD at Mudah.Com

Panduan Zakat Emas Anda

Borang Pesanan

Nama:
No Tel / HP :
Email Address:
Pesanan :
Belian lain, sila nyatakan:
Penghantaran: Ambil sendiri
Pos Laju
Simpan dahulu
Alamat :

Free email forms

Iklankan Produk di sini

Iklankan Produk di sini
Tambahkan network anda di sini