Link

Klik utk jawapan

Sax-Gold Ent

Terbaru di LELONGEMAS

SilverHunter

Saturday, April 25, 2009

Pengalaman Membida di Kedai Ar Rahnu Bank Rakyat Kota Bharu

23hb baru nih sesambil bawa kawan gi Ar rahnu saya mencuba utk membida lelongan BR. Sebelum ni mana pernah gi cuba pun.... Tapi, dgn sedikit bacaan drp Jutwan Emas... idea tu ada la sikit..

Utk pembaca di Kota Bharu, mudoh jo nok gi lelong nih... Pegi ke cawangan Ar-Rahnu di Jalan Kebun Sultan bersebelahan dgn Maybank dan Perodua. Kebiasaannya, BR akan mengumumkan lelongan ini pada minggu ketiga setiap bulan dgn menampalkan notis.
Pertama, anda hendaklah masuk ke dalam bank dan bertayakan ttg lelongan ini. Barangan lelong akan disediakan di sebelah dalam dan dipamerkan butiran seperti no siri, harga rezab, berat dan jenis barangan. Selepas itu, anda ambil no giliran untuk membeli borang yang bernilai RM 5. Sediakan kad pengenalan dan isikan butiran di dalam borang tersebut. Setelah selesai, anda hanya perlu mengisi butiran baranga lelong seperti no siri, jenis barangan dan harga bidaan anda. Lipat borang tersebut dan masukkan ke dalam tong yg di sediakan. SELESAI......Sebagai ingatan, satu borang adalah untuk membida satu item...

Terdapat beberapa tips yg telah diperturunkan oleh otai2 di dalam forum Jutawan Emas.. Sila baca dan rujuk untuk untuk kepastian. Antara tips yg saya ingat ialah anda jangan membida lebih 10% daripada harga rezab. Ini disebabkan berkemungkinan ia adalah harga asal barangan tersebut... Betul atau tidak... saya tidak pasti. Oleh itu, rajin-rajin lah ke Ar-Rahnu BR utk membida lelongan.. SELAMAT MEMBIDA

No comments:

Post a Comment

SAX-GOLD at Mudah.Com

Panduan Zakat Emas Anda

Borang Pesanan

Nama:
No Tel / HP :
Email Address:
Pesanan :
Belian lain, sila nyatakan:
Penghantaran: Ambil sendiri
Pos Laju
Simpan dahulu
Alamat :

Free email forms

Iklankan Produk di sini

Iklankan Produk di sini
Tambahkan network anda di sini