Link

Klik utk jawapan

Sax-Gold Ent

Terbaru di LELONGEMAS

SilverHunter

Wednesday, July 14, 2010

Dinar Kulim diterima di Ar-Rahn Bank Islam

Salam,

Pada petang tadi saya telah selesai berurusan dgn Ar-Rahn Bank Islam Kota Bharu. Sebenarnya, semalam lagi saya dah bertanya khabar di kaunter mereka.Cuma hari ini saya dapat berurusan dgn sempurna. Bercakap mengenai Ar- Rahn Bank Islam (ARBI) ini, ianya telah dirasmikan oleh Perdanan Menteri pada 16 Jun 2010. Di Kelantan ARBI mempunyai 2 cawangan iaitu di Pasir Puteh dan Kota Bharu. Cawangan Kota Bharu ianya terletak behampiran bangunan MARA K.Bharu.


Pembukaan ARBI ini menunjukkan kekuatan emas itu sudah terbukti dan membuka mata banyak pihak akan kepentingan emas ini. Alhamdulillah, satu demi satu Ar-Rahn telah dibuka oleh institusi2 bank.

Berbalik pada tajuk di atas, saya telah membawa sekeping Dinar Kulim dan sekeping goldbar utk dipajak. Nampaknya, goldbar tersebut diterima kerana beliau pernah melihat dan memprosesnya sebelum ini. Namun, bagaimana pula dgn Dinar Kulim ni... Suspen wooo....  

Pada mulanya, pegawai tersebut tidak begitu menerima kerana beliau sendiri belum pernah melihat. Tetapi, setelah diuji degan "densiti meter" beliau terbukti cukup berpuas hati dgn ketulenan Dinar Kulim tersebut dan sudah tentu bacaan 22K yg dapat diperolehi tadi. Sekurang2nya ia membuktikan kpd orang ramai bahawa ketulenan Dinar Kulim tidak boleh disangkalkan lagi.

Sebelum proses dilakukan, saya telah bertanya tentang prosedur2 dan harga yg digunapakai oleh ARBI. Pihak ARBI mengatakan mereka mempunyai harga sendiri dan tidak di"publish" lagi di mana2 pada waktu ini. Pada asasnya mereka mengambil kira harga semasa, tetapi berdasarkan harga "used gold".  Wah...!!! ini lagi menarik dan mari kita lihat kadar caj dan lain2 lagi.


            a.      Margin Pinjaman adalah drp 60 sehingga 70% dan pemegang akaun Bank Islam akan             mendapat "extra" 10% menjadikan 80%.....!!!

            b.      Upah simpan (Bulanan) :         (Nilai Marhun)
                     i.        rm 0.60                        sehingga rm 500
                     ii.       rm 0.70                        sehingga rm 2500
                     iii.      rm 0.80                         melebihi rm 2500

            c.      Gadaian adalah selama 6 bulan dan boleh di sambung lagi selama 6 bulan.
                     Jika dalam masa 9 bulan penggadai tidak membayar upah simpan @ tebus ARBI berhak melelong barangan gadaian tsb.

            d.      Gadaian dilindungi oleh takaful (ini saya tidak dapat maklumat lanjut)

 Daripada resit di atas, maklumat yg saya perolehi ialah:
          1.         Berat goldbar 20.01 gm dan Dinar Kulim 4.27 gm (24.28 gm)
          2.         Nilai Marhun: RM 2913.11
          3.         Upah simpan: RM 26.67 / bulan
          4.         Pinjaman: RM 2000
Jika di buat kiraan:
          1.         Margin pinjaman saya ialah :    68.65 %
          2.         Harga yg diambil lbh kurang RM 120 / gm
          3.         Kadar upah simpan :   0.916 ( mungkin ada kiraan lain yg tidak dinyatakan * takaful ??*

Kesimpulan:

Ada kelebihan dan kekurangan ARBI ini drp kaca mata dan pemerhatian saya. Antara kelebihannya :
1.          ia dapat menerima jongkong emas atau syiling yg mana tidak diterima oleh Ar Rahnu Bank Rakyat.
2.          Harga yg diambil rendah berpandukan harga "usedgold" dapat mengurangkan kadar upah simpan yg tinggi dan kiraan semasa lelong nanti akan mempunyai spread yg rendah di mana penggadai tidak akan rugi banyak selain tolak kos pengurusan.

Antara kekurangan perkhidmatan ARBI :
1.         tidak mempunyai harga yg boleh dirujuk oleh penggadai.
2.         Cara pengiraan kos margin dan upah simpan agak tidak konsisten (perlu penerangan lanjut)
3.         Tidak dikategorikan "karat" emas tertentu di mana satu kadar yg diguna pakai

Namun begitu, berkemungkinan ARBI masih baru dlm dunia dan urusan Ar-Rahn ini,tetapi ada kelebihan yg patut di ambil contoh dan di manfaatkan oleh pengguna. Jadi, berhemah lah dlm urusan pajak dan gadai ini supaya tidak membebankan kita di suatu masa nanti. Jika ada apa2 masalah, rujuklah kpd rakan2 yg lebih mengetahui di tempat yg berdekatan dgn anda. Kami di Sax-Gold Ent dan DinarGold Ent sedia membantu anda secara percuma..... :)



* Fakta adalah atas dar pengiraan penulis sendiri krn tidak ada bahan rujukan @ sumber yg dapat diambil melainkan resit gadaian tersebut yg mengandungi syarat2 dan prosedur2.

3 comments:

  1. info yg menarik dan bgs untk dikongsi...
    menambahkan lg pilihan kite dlm membuat gadaian..
    rempitlah berhati-hati....
    jgn tersepit suda...

    ReplyDelete
  2. hehe...good info bro...ni alternatif baru untuk gadai even banyak bank yang tak trima gold coin dan gold bar...

    ReplyDelete
  3. info yg amat berguna....saya mmg tengah mencari maklumat tentang ar rahnu bank islam nie...tp kadar upahnya tinggi jugak kan

    ReplyDelete

SAX-GOLD at Mudah.Com

Panduan Zakat Emas Anda

Borang Pesanan

Nama:
No Tel / HP :
Email Address:
Pesanan :
Belian lain, sila nyatakan:
Penghantaran: Ambil sendiri
Pos Laju
Simpan dahulu
Alamat :

Free email forms

Iklankan Produk di sini

Iklankan Produk di sini
Tambahkan network anda di sini