Link

Klik utk jawapan

Sax-Gold Ent

Terbaru di LELONGEMAS

SilverHunter

Saturday, April 25, 2009

Membayar Zakat di Kelantan


Di sini saya ingin membuat posting tentang pengalaman membayar zakat di Kota Bharu. Alhamdulillah, tiap2 tahun saya dapat membuat pembayaran zakat pendapatan dengan lancar. Jika sebelum ini saya menunaikan zakat di Labuan di bawah Maj Agama islam Wilayah Persekutuan. Setelah saya bertukar ke Kota Bharu, pengalaman membayar zakat di sini agak unik utk di kongsi bersama.

Apa yg menarik, saya membuat potongan zakat bulanan melalui majikan di mana PCB saya gantikan dengan zakat. Bagi saya potongan zakat adalah lebih baik kerana wang dapat disalurkan kpd golongan sasaran. Manakala, cukai pula mungkin digunakan untuk tujuan lain spt pembangunan frasarana,dll. Jadi, tujuan utk menolong orang yg memerlukan mungkin sedikit lambat dan tidak keterlaluan jika dikatakan tidak sampai kpd mereka. Walau apa pun ini hanyalah pandangan saya semata-mata, maklumlah dana kutipan cukai terlalu besar dan utk mengatahui ke mana pergi dana tersebut perlulah tanya kpd yg pakar.

Jadi, apa yg menyebabkan saya tergerak hati utk pergi ke Pejabat Zakat di Kota Bharu adalah selepas saya mengisi borang cukai secara e-borang. Di mana cukai yg dikenakan masih perlu dibayar kerana potongan bulanan yg dibuat tidak mencukupi. Bayangkan lah betapa tingginya cukai yg dikenakan kpd individu di negara ini. Lebih 24% drp hasil gaji tahunan saya dipotong utk cukai. Dan jika di kira secara bulanan, saya hanya dapat menikmati gaji 10 1/2 bulan sahaja.. selebihnya utk cukai. Ini berbeza dengan tuntutan zakat seperti yg di wajibkan ke atas muslim. Zakat yg dikenakan hanyalah 2.25% drp hasil, tidak kira zakat pendapatan, padi, tanaman dll.

Kesinambungan drp itu, lebihan cukai tersebut saya bayar melalui zakat. Pusat Zakat Kota Bharu ini terletak di Balai Islam Kelantan. Bangunan yg agak menarik dan cantik, ditambah pula dengan sikap pekerja yang ramah membuatkan saya berasa senang hati. Apa yang unik itu ialah saya boleh memohon 'waad' ke atas bayran zakat yg dikenakan itu. Maksudnya ialah, saya boleh mendapat rebet 20% utk dibayar sendiri kpd asnaf2, bermakna kita boleh mencari orang2 miskin yg dekat dengan kita sama ada di kampung atau di kawasan tempat tinggal. Amaunt yg ditulis di dalam resit adalah amaunt sebenar zakat yg perlu dibayar. Untuk mendapatkan perkhidmatan ini, anda rajinlah bertanya. Namun begitu, syarat utk memohon 'waad' ini ialah jumlah zakat perlulah melebihi rm 1000. Jadi, anda perlu amanah dgn tanggungjawab ini utk membayar sendiri zakat tersebut.

Kesimpulannya, membayar zakat ini adalah wajib dan dapat membersihkan harta dan saham untuk rezeki kita betambah dan melimpah luah. Jadi, jika ada alternatif seperti 'WAAD' ini bolehlah kita mengambil peluang utk memberi zakat kpd orang yg terdekat sama ada saudara atau pun orang kampung yg dikenalpasti susah. Maka ini akan mengwujudkan satu hubungan yg baik di antar orang yg susah dan orang yg berkemampuan. Jadi, tidak akan timbul persepsi buruk oleh orang susah terhadap kita. Begitulah hikmah zakat berbanding cukai.....

1 comment:

  1. Assalamualaikum.
    Terima kasih saudara untuk maklumat itu.Saya sendiri sebagai rakyat kelantan juga tidak megetahui tentang 'waad' tersebut. Saya juga ingin memberi zakat kepada penduduk kurang bernasib baik disekitar kampung dan dalam masa yang sama menolak cukai pendapatan yang pasti memerlukan resit rasmi pembayaran zakat.
    Terima kasih

    ReplyDelete

SAX-GOLD at Mudah.Com

Panduan Zakat Emas Anda

Borang Pesanan

Nama:
No Tel / HP :
Email Address:
Pesanan :
Belian lain, sila nyatakan:
Penghantaran: Ambil sendiri
Pos Laju
Simpan dahulu
Alamat :

Free email forms

Iklankan Produk di sini

Iklankan Produk di sini
Tambahkan network anda di sini