Link

Klik utk jawapan

Sax-Gold Ent

Terbaru di LELONGEMAS

SilverHunter

Thursday, May 14, 2009

INGIN Menjadi sebahagian Ahli Koperasi KUEMAS





Adakah anda ingin mengorak selangkah lagi pengetahuan anda di dalam bidang emas ini? Jawapannya ialah daftarkan diri anda utk menjadi ahli Koperasi Usahawan Emas Malaysia (KUEM). Koperasi ini baru ditubuhkan secara rasminya pada 9 May 2009 setelah mesyuarat pertama diadakan bersama SKM pada minggu lepas. Jangan lepaskan peluang ini, kerana AJK yg dilantik bersama2 ahli yg berdaftar telah merangka satu skim yang akan membantu diri dan keluarga utk jangka masa panjang mahupun pendek. Antara idea yg diutarakan adalah spt berikut


a) Skim Simpanan Hari Tua

Konsep kwsp tapi aset dalam dinar, insyaAllah masa hari tua simpanan anda amat bernilai berbanding duit RM.

Cth: sebulan 1/4 dinar maka setahun 3dinar, ambil purata 25 tahun maka jumlah terkumpul 75dinar pada masa persaraan.

b) Skim Simpanan Dinar

Konsep PB-GIA tapi aset dalam dinar, nilai minima simpanan adalah 1/4 dinar dan baki minima simpanan 1/4 dinar. Boleh di jual beli mengikut harga semasa yang ditetapkan oleh KUEMAS. Proses pengeluaran simpanan boleh dalam bentuk dinar atau RM pada harga jual/beli. Sistem online di bangunkan untuk kemudahan seluruh malaysia.

c) Skim Simpanan Pelaburan Dinar

Konsep Perbankan, nilai minima simpanan adalah 1/4 dinar dan baki minima simpanan 1/4 dinar. Dinar yg di simpan akan di laburkan dalam bentuk trading harga semasa dan pelaburan yg di benarkan(berisiko rendah) untuk menghasilkan pulangan pada penyimpanan.

d) Skim Simpanan Remaja

Konsep perbankan yang sama seperti skim simpanan pelaburan dinar, pengkhususan pada anak2 yg berusia 18 tahun kebawah degan ibu bapa sebagai penama. Keputusan pelajaran pada peringkat peperiksaan utama akan di beri ganjaran. Simpanan setelah mencapai tahap matang 18 tahun umur boleh di keluarkan untuk pembiayaan melanjutkan pelajaran peringkat tinggi. Di wujudkan juga skim pinjaman/biasiswa kepada penyimpan yang mencapai tahap keputusan yg bagus.

e) PasarDinar (e-trading)

Konsep virtual trading dimana terdapat pelbagai item jualan yang di buka kepada ahli( sewa tapak istemawa) dan bukan ahli. Semua trade adalah dalam bentuk dinar(e-dinar) dimana penjual dan pembeli di wajibkan mempunya debit kad dinar yg di bangunkan oleh KUEMAS untuk urusan transaksi jual beli secara online.Harga barangan boleh diletakkan dlm RM (sebagai rujukan) dan convertion dlm dinar.

Cth harga buku RM100 (0.2dinar-cth 1dinar=RM500)harga dlm dinar akan berubah mengikut harga semasa dinar harian.pembeli akan membayar 0.2 dinar melalu kad debit dinar, kalau dalam kad debit ada 5 dinar maka baki dalam kad debit adalah 4.80dinar.Harga jual beli juga ada keistimewaan pada ahli KUEMAS (diskaun)

f) PasarDinar (live trading)

Konsep sama mcm e-trading cuma dibuka kepada umum. Lokasi seperti tesco/carefour dibuka pada peniaga semua dan urusan adalah dalam dinar dan debit kad dinar sebagai medium transaksi.(pelan jangka masa panjang)

g) Kad Keahlian KUEMAS

Setiap ahli KUEMAS akan dapat kad keahlian macam reward kad yg mana setiap belian dalam urusan berkaitan KUEMAS akan mendapat mata ganjaran yang akan boleh ditebus setelah mencapai mata minima yg mencukupi.

sudilah kiranya bakal ahli mengembangkan idea yg dilontarkan utk kebaikan bersama.cadangan dan kritikan dari semua akan di ambil kira.


Bagi anda berminat sila klik di sini http://kuemas.wordpress.com/borang-keahlian/ untuk muat turun borang keahlian....

1 comment:

  1. salam boleh tak emailkan saya lebih penerangan tentang program ini.saya agak berminat cuma belum memahami.saya pelajar dan berumur 24.sya ingin tahu bagaimana konsep pembayaran...

    ReplyDelete

SAX-GOLD at Mudah.Com

Panduan Zakat Emas Anda

Borang Pesanan

Nama:
No Tel / HP :
Email Address:
Pesanan :
Belian lain, sila nyatakan:
Penghantaran: Ambil sendiri
Pos Laju
Simpan dahulu
Alamat :

Free email forms

Iklankan Produk di sini

Iklankan Produk di sini
Tambahkan network anda di sini