Malam tadi seperti yg diwarwarkan oleh Public Gold , mereka telah mengadakan satu perjumpaan dengan ejen2 dan orang2 Kota Bharu (Kelantan). Acara tersebut diadakan di Hotel Juita Inn, Kota Bharu dengan kehadiran lebih drp 20 orang.
Acara dmulakan oleh Mr Branson, GM Public Gold. Beliau memberi penerangan tentang produk yang ditawarkan oleh syarikat, misi,motto dan halatuju syarikat. Beliau juga mengupas sepintas lalu mengenai kepentingan memiliki emas dengan menunjukkan rekod2 harga emas dan juga sejarah2 berkaitan yang menyebabkan kita harus menyimpan emas bermula dari sekarang. Banyak hasil kupasan beliau mungkin digarap dan dianalisis drp kebanyakan laman web berkaitan emas yang mana jika anda seorang peminat Jutawanemas dan lain2 blogger emas pasti dapat memahaminya dgn lebih mendalam.
Selain itu, beliu juga menerangkan tentang peri kepentingan emas ini kepada orang Islam yg mana dinar emas ini cuba diperkenalkan oleh Tun Mahathir pada tahun 1997. Begitu juga dengan saranan TG Nik Abdul Aziz yang memberi sokongan terhadap penggunaan dinar ini. Seorang lagi tokoh yg sering membawa isu ini adalah Dato' Husam Musa yg dilihat sering aktif melibatkan diri di pentas2 forum atau seminar yg berkaitan dengan dinar emas ini. Saya tertarik dengan pendapat peribadi beliau, jika kita ingin memperkenalkan kepentingan emas ini kepada public, kita haruslah berhubung dengan tokoh yg memiliki dan mengerti ilmu emas ini sebagai "Role of Model'. 3 tokoh di atas adalah sinonim dan sememangnya mempunyai pengetahuan yg tinggi akan kepentingan emas ini. Selain itu, Mr Branson juga menerangkan konsep utk menjadi seorang ejen dan menerangkan matlamat syarikat yg ingin menghasilkan ejen yg ramai dan matlamat 300 wakala seluruh Malysia. Perkara yang paling penting dalam urusan ini adalah 'INTEGRITI' atau kejujuran sama ada drp pihak syarikat, ejen mahupun pelanggan bagi melaksanakan impian.
Di samping itu, Mr Branson juga mendedahkan bahawa SKM telah mengambil Public Gold sebagai m odel yg akan diperkenalkan kpd seluruh koperasi di Malysia.
No comments:
Post a Comment