Klik utk jawapan
Sax-Gold Ent
Terbaru di LELONGEMAS
SilverHunter
Tuesday, May 26, 2009
Siri Jelajah Public Gold Kota Bharu 4
Sebenarnya masih banyak pertanyaan yg hendak disuarakan oleh kebanyakan hadirin yg hadir. Akan tetapi, memandangkan masa hampir menunjukkan jam 12 malam, maka sesi penerangan telah ditamatkan. Namun, terdapat beberapa perkara yang boleh diambil panduan. Antaranya, saranan drp Public Gold utuk menjadikan Kelantan salah satu hub yg besar di Pantai Timur memandangkan terdapat banyak kuasa membeli di negeri ini. Oleh itu, para ejen yg sedia ada dan bakal, seharusnya merebut peluang ini utk merealisasikan impian ini. Mengikut angka Public Gold, 90% adalah pelanggan Melayu dan selebihnya lain-lain. Oleh itu, wawasan mereka adalah utk mewujudkan Master dealer di Kota Bharu dgn kapasiti bulanan jualan melebihi rm 100,000 dan modal permulaan rm 300,000. Ini krn utk mengurangkan kos penghantaran kpd ejen2 yg lain. Ia juga boleh dilihat seperti satu stokis di negeri Kelantan, di mana ejen2 akan menagmbil stok kpd Master Dealer ini. Ianya tidak mustahil. Begitu juga saranan drp Mr Branson yg mengatakan kan membantu utk membuka booth di mana2 Kompleks membeli belah atau mana2 pameran, sekiranya mempunyai ejen yg ramai... sekurang-kurangnya 10 ejen utk masa yg terdekat ini.
Adalah tidak menghairankan, rata-rata yg hadir adalah golongan yg bergelar ustaz.. (sya bukan la... hu3)Dan melihat dari sudut yg positif, maka pembelian emas ini haruslah dilihat sebagai satu usaha memertabatkan kembali penggunaan dinar sbg matawang sebagaimana yg disarankan oleh Islam selama ini. Begitu juga, tindakan awal ini boleh dikatakan sebagai pendedahan dan pendidikan awal emas kpd orang ramai. Maka usaha ini bukan sahaja bermanfaat utk kepentingan keuntungan semata2 tetapi sebagai usaha mertarbiah masyarakat akan kepentingan berbalik kpd sistem ekonomi Islam di mana salah satu cabangnya adalah penggunaan dinar emas dan dirham.
Wallahu'alam...
Mana2 bahagian di dlm posting saya ini yg salah atau tidak tepat maksudnya harap dapat dibetulkan utk kepentingan bersama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment