Link

Klik utk jawapan

Sax-Gold Ent

Terbaru di LELONGEMAS

SilverHunter

Monday, May 25, 2009

Siri Jelajah Public Gold 2




Setelah selesai Mr Branson memberi ucapan, tiba giliran En Syukor utk memberi penerangan. En Syukor telah dilantik oleh Public Gold sebagai Head of Research. Bravo En Syukor memang layak kerana ilmu dan jasa beliau telah dapat dihidu oleh Public Gold dan menjadikan beliau satu aset. Syabas..
Untuk pengetahuan semua, walaupun sudah hampir setahun saya berhubung dgn En Syukor, inilah pertama kali saya berpeluang utk berjumpa beliau.Sungguhpun masa utk En Syukor agak terhad, tetapi penerangan beliau amat menarik, ringkas dan padat. Walaupun saya tidak sempat utk mencatit isi penting, tetapi saya masih dapat mengingati beberapa topik yg menarik yg telah disampaikan oleh beliau.
Soalan mudah... Apakah definisi nilai matawang?Daripada apa yg aku faham drp penerangan beliau, nilai matawang RM hanyalah satu nilai yg dipaksa diakui nilainya oleh pemerintah sesebuah negara (in this case Malaysia) yg mana jika kita bawa note RM ini ke negara lain tidak diakui nilanya. Tetapi cuba anda bawa 100gm jongkong emas, dan cuba tanya apakah nilai emas ini? Sudah pasti nilainya ialah 100gm emas yg mana nilainya adalah nilai semasa ketika itu.
Bagaimanakah nilai matawang disandarkan..?
Kita perlu sedar yg nilai matawang kita seakarang bersandarkan hanya 4% drp nilai emas,80% bersandarkan kpd nilai matawang dolar amerika dan selebihnya nilai matawang negara2 lain..... Sebab itulah, apabila dolar amerika jatuh, nilai ringgit juga akan jatuh. Maka sungguh mudah utk memanipulasi jika sistem matawang tidak bersandarkan kpd rezab emas. Cuba kita lihat ke belakang, sejarah menunjukkan sudah ada tamadun yg menggunakan emas dan perak sebagai matawang. Cuba lihat perbezaan berikut:
Nilai matawang dahulu yg bersandarkan kpd emas, bermakna nilai note (contoh RM yg benilai 50) bermakna mewakili nilai bersamaan 50 gm emas.. (sbg contoh sahaja)... Maka institusi menyimpan emas tersebut akan mengeluarkan resit (dlm bentuk wang note) bahawa resit tersebut bernilai 50gm emas. Ini bermakna si pembawa note kertas itu jika pergi ke mana2 institusi yg menyimpan emas ini, nilainya laku dan bersamaan 50gm.
Lain pula sekarang, nilai matawang yg bukan bersandarkan emas.... anda umpama membawa sekeping resit memberitahu nilai note tersebut ialah 50 ringgit berdasarkan kekukuhan matawang tersebut..... Mungkin tahun 1980 an Rm 15,000 anda sudah boleh mendapat sebuah kereta, tetapi sekarang RM 15,000 anda tidak boleh. Berbeza jika tahun 1980an anda ... mempunyai 500gm emas yg nilainya mungkin rm 15,000 (anggaran, bukan dlm nilai yg tepat), tetapi nilai sekarang ialah rm 65,000. Dan sememangnya anda boleh membeli sebuah kereta..........

bersambung

Tahun 1970an harga emas 35 dolar usd per ounce.....

No comments:

Post a Comment

SAX-GOLD at Mudah.Com

Panduan Zakat Emas Anda

Borang Pesanan

Nama:
No Tel / HP :
Email Address:
Pesanan :
Belian lain, sila nyatakan:
Penghantaran: Ambil sendiri
Pos Laju
Simpan dahulu
Alamat :

Free email forms

Iklankan Produk di sini

Iklankan Produk di sini
Tambahkan network anda di sini