Link

Klik utk jawapan

Sax-Gold Ent

Terbaru di LELONGEMAS

SilverHunter

Thursday, July 23, 2009

Etika Emas Estet Nafi Terlibat Dalam Deposit Haram

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Etika Emas Estet Sdn Bhd (EEESB) telah menafikan bahawa syarikat ini melakukan sebarang aktiviti pengambilan deposit secara haram yang melanggar undang-undang sejak ditubuhkan pada 22 Mei 2007.

Presidennya, Mohd Amin Supian berkata EEESB adalah sebuah syarikat dagangan profesional yang menjual dan bukan melabur emas.

"Kami yakin dan percaya bahawa tiada sebarang aktiviti tidak sah dilakukan sepanjang penubuhan syarikat ini dan bersedia memberikan kerjasama kepada pihak Bank Negara Malaysia (BNM) dalam melakukan siasatan," katanya kepada sidang media Rabu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh BNM semalam bahawa bank pusat itu telah memulakan siasatan terhadap EEESB kerana disyaki menjalankan kegiatan mengambil deposit secara haram yang melanggar subseksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA).

Serbuan ke atas syarikat yang berpangkalan di Lembah Klang itu telah dibuat berdasarkan maklumat yang diterima daripada orang ramai.

Akaun EEESB telah dibekukan berikutan siasatan yang dilakukan.

Mohd Amin menjelaskan bahawa EEESB tidak pernah mengambil sebarang deposit secara haram seperti yang dilaporkan dan sebarang urusan penjualan dan pembelian emas adalah mengikut harga semasa di pasaran.

EEESB telah memaklumkan kepada BNM sebelum ini berkenaan aktiviti perniagaan syarikat dan jawapan yang diterima bagaimana pun tidak menyatakan secara khusus sama ada model perniagaan syarikat itu bercanggah dengan mana-mana akta di bawah seliaan bank pusat.

Syarikat itu hanya menjalankan urusan jual-beli emas fizikal 999.9 gram dan turut memberi khidmat nasihat kepada pelanggan tentang kaedah menambahkan aset emas mereka dengan menggunakan institusi Ar Rahnu yang berdaftar sebagai mekanisme.

Urusan jual-beli boleh dibuat melalui pembayaran tunai atau pinjaman.

"Sebagai contoh, kami menjual seketul emas kepada pembeli dan kemudian digadai di institusi Ar Rahnu terpilih.

"Ar Rahnu pula memberikan nilai pinjaman bercagar sebanyak 65 peratus daripada nilai emas tersebut kepada pembeli di mana pembeli kemudian membayar kepada EEESB untuk nilai dua ketul emas," katanya.

Mohd Amin berkata semua urusniaga kepada pelanggan disertakan dengan resit pembelian, aku janji aqad, surat perjanjian dan surat ketulenan yang diiktiraf oleh Bank Dunia dan London Bullion Market Association.

Pihak syarikat memberi jaminan bahawa emas yang dibeli oleh pelanggan dalam keadaan selamat di institusi Ar Rahnu terpilih atas nama pembeli dan memberi insentif tambahan sebanyak RM300 sebulan selama enam bulan seperti yang termaktub dalam perjanjian jual-beli.

EEESB menjalankan model perniagaan di bawah naungan Koperasi Etika Emas Malaysia Bhd, sebuah entiti yang bernaung di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Syarikat mempunyai hasil jualan sebanyak RM600 juta yang bersamaan dengan berat emas sebanyak 4,000 gram, sejak ditubuhkan pada tahun 2007.

Ia beroperasi di 60 cawangan di seluruh negara ini dan mempunyai 4,500 orang pelabur setakat ini.

Ia turut mempunyai kedai emas sendiri di Holiday Villa, Kuala Lumpur.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

SAX-GOLD at Mudah.Com

Panduan Zakat Emas Anda

Borang Pesanan

Nama:
No Tel / HP :
Email Address:
Pesanan :
Belian lain, sila nyatakan:
Penghantaran: Ambil sendiri
Pos Laju
Simpan dahulu
Alamat :

Free email forms

Iklankan Produk di sini

Iklankan Produk di sini
Tambahkan network anda di sini