Klik utk jawapan
Sax-Gold Ent
Terbaru di LELONGEMAS
SilverHunter
Wednesday, July 15, 2009
Pengalaman Dengan Aktiviti Emas
Oleh kerana blog ini dikhususkan utk aktiviti emas, biarlah saya ceritakan sedikit pengalaman dengan aktiviti emas ini. Saya mula berjinak dgn emas ini bermula Jun tahun lepas, di mana saya saya tercari-cari apakah alternatif lain untuk menyimpan wang selain drp melabur ke Amanah Saham atau pun Saham2 lain. Ini kerana saya tidak arif dengan pelaburan2 saham ini. Apa yg saya buat ialah menceburi bidang dalam Forex di mana saya lihat agak berpotensi. Ini kerana saya berpuas hati dengan sistemnya yang membolehkan kita sendiri untuk mengawal "trading' yang dilangsungkan.
Pada mulanya, agak susah.. tetapi dengan bantuan kawan2 saya dapat belajar apa itu robot, indicator, transaction online dsb. Dengan hanya modal 1000 usd saya dapat meraih keuntungan 100 usd seminggu. Kemudian ia makin bertambah.. dan kadang-kadang rugi. Setelah hampir 5 bulan, saya dapati saya hanya dapt memperolehi keuntungan beberapa ratus usd sahaja. Ini selepas di tolak bermacam-macam caj, membeli robot, indicator, kerugian dsb.
Pada masa yg sama, saya sempat membuka laman web JUTAWANEMAS. Dari situlah, sedikit demi sedikit ilmu emas digali, dicuba dan akhirnya membawa saya ke satu syarikat penyimpanan emas ala-ala AFA gold ini. (Saya tak dedahkan nama syarikat ini). Saya antara orang pertama drp syarikat ini yg menyertai program ini di Kelantan. Semuanya serba serbi agak susah... Kontrak saya taipkan sendiri, proses gadaian pula banyak sangat halangan dan rintangan maklum lah belum ada sesiapa pun yg melakukannya di sini. Alhamdulillah, selepas 6 bulan saya tamatkan kontrak dgn syarikat tersebut diikuti pula rakan2 saya yg lain. Ramai juga rakan2 saya yg menyertai program ini, tetapi setelah tamat 6 bulan, mereka tidak menyambung semula. Sebab-sebabnya anda kena tanya sendiri tuan punya badan. Bagi saya ialah sikap tanggungjawab dan individu itu sendiri, serta sikap ambil berat drp pihak syarikat ke atas anak buahnya dan pelanggan2 mereka.
Namun selepas itu, saya ada melihat tawaran drp pihak AFA Gold di dalam forum Jutawanemas. Setelah diselidik dan menerima pandangan drp En Syukor (admin J.E) saya menghubungi bos AFA utk membuat sedikit penerangan di Kota Bharu. Akhirnya mereka telah sanggup untuk datang dan saya telah menyertai program mereka keesokannya. Apa yg saya hadapi semasa mula2 dgn syarikat yg lepas tetap berlaku kali ini. tetapi kali ini adalah kerana nama syarikat yg lain. Namun, dgn berkat kesabaran, akhirnya berjaya juga program Afa Gold ini berkembang di Kota Bharu.
Saya merasa agak kagum dengan keperihatinan pihak syarikat utk menjaga pelanggan mereka. Walau pun jauh, mereka tetap melayan kerenah warga Kota Bharu, biarpun memakan modal agak besar berbanding negeri2 lain. Ini kerana wakil mereka terpaksa datang ke sini dengan Air Asia.... Pengangkutan paling pantas utk datang ke Kota Bharu. Namun apa yang penting adalah keikhlasan pihak syarikat dengan setakat ini tidak pernah membuat pindaan terhadap program2 yg terdahulu. Malahan, dengan program2 baru yg merka tawarkan sekarang ini membuatkan pelanggan tertarik dan mempunyai pilihan untuk menyertai program ini.
Namun begitu, asam garam kehidupan tetap dilalui.Pengalaman kurang baik tetap saya alami. Tetapi tidaklah membabitkan pihak syarikat secara langsung. Selagi kita hidup di dunia ini, selagi itu ada cabaran dan rintangannya. Kesenangan dan kekayaan tidak boleh diselarikan dgn sikap negatif seperti tamak dan haloba. Ini boleh membuatkan pihak yg tidak berkenaan turut terheret dek masalah anda. Apa-apa pun, setakat ini saya masih berpuas hati dgn prestasi syarikat ini, malahan rakan2 saya yg lain turut menyuarakan pendapat yg sama. Apa sahaja yg anda lakukan, kiralah buruk dan baiknya sebelum bermula. Sekian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam perkenalan. Pengalaman yang menarik. Mengajar ajar garam kehidupan. Tentu semakin banyak ilmu emas yang tuan ada.
ReplyDelete