Klik utk jawapan
Sax-Gold Ent
Terbaru di LELONGEMAS
SilverHunter
Tuesday, July 14, 2009
MENGAPA AFA GOLD
Sebagai kesinambungan drp tajuk lepas, di sini saya cuba untuk menyampaikan sedikit perkiraan tahap risiko untuk mengikuti program AFA Gold ini mengikut pandangan saya. Jika terdapat apa-apa kepincangan, boleh ditulis di ruangan komen supaya yang sesat tidak akan tersesat jauh dan yang belum sesat dapat diperbetulkan terlebih awal.
Pada mulanya, cuba kita tanya diri kita menagapa AFA GOld? Adakah imbuhan yang ditawarkn ? atau lain... banyak jawapan yg boleh diberikan mengikut pendekatan masing-masing. Bagi saya, ia merupakan satu program yg menggalakkan orang ramai terutama golongan Melayu supaya berjinak-jinak gengan emas. Bukannya mencari keuntungan segera dan mudah semata-mata. Mengapa ? kerana matlamat saya ialah untuk memiliki emas dengan cara yg berhemah (smart way). Jika saya beli emas dan simpan sahaja, saya tidak rugi, tetapi tidak membuat keuntungan dalam jangka pendek. Berbeza dengan AFA Gold, Anda membeli emas dan di masa yang sama, anda mendapat keuntungan dalam jangka masa pendek.
Dengan program ini, anda akan dapat memiliki emas yang diidamkan, dan di masa yang sama anda mendapat hasil yang agak baik dan rendah risiko tetapi tidak lumayan sebagaimana Skim2 pelaburan yang lain. Program ini lebih kepada win win situation. Pemilik syarikat untung dan anda juga untung. Ia dinamakan Hibah atau diskaun berjadual kerana keuntungan hasil jual beli emas dikongsi bersama dan diberikan secara berjadual. Setelah diambil purata, pihak syarikat mampu utk memberi 4 gm setiap 100 gm setiap bulan. Konsepnya adalah sama seperti jual beli yg lain, di mana syarikat memperolehi margin keuntungan drp belian emas secara pukal dan jualan harga runcit.
Pendekatan mudah dan selamat yg digunakan oleh AFA Gold adalah antara yg terbaik dan berkesan. Secara ringkasnya, anda hanya perlu fikir berapa gram kah matlamat anda utk memilik emas.. Sebagai contoh 100 gm.Anda beli 100 gm dgn harga rm 12600 ( jika harga pasaran FGJAM rm 13000 , anda sudah jimat rm 400)Pihak syarikat akan memberi anda 100 gm emas juga utk digadaikan bersama emas anda di Ar-RAhnu. Di Ar-Rahnu, kedua2 emas tersebut adalah di atas nama pembeli, cuma duit gadaian pihak syarikat akan ambil, di mana duit tersebut akan digunakan untuk membeli semula emas. Anda harus ingat, Gadaian di Ar-Rahnu hanyalah sebanyak 65 % sahaja. Jadi, anda masih mempunyai 35 % margin modal. Jika berlaku kenaikan harga emas, margin modal anda akan bertambah lebih drp 35 %.
Mengikut perjanjian, setiap 100 gm anda akan mendapat 4 gm hibah setiap bulan bermakna rm 504. Jika di darabkan setahun hibah anda sudah mencapai rm 6048. Dan harus diingat bahawa nilai emas yg anda beli itu semakin bertambah, tidak mustahil dalam setahun harga emas boleh meningkat sehingga rm 140/ gm? Jika itu berlaku, nilai emas anda selepas setahun ialah rm 14000 tambah rm 6048 dan keuntungan yg diperolehi ialah rm 7448.
Adakah matlamat anda untuk memiliki emas tercapai? Malahan anda boleh menambah koleksi emas anda dengan membeli emas yg lain dengan nilai yg lebih kecil seperti dinar Kelantan, Kijang Emas, Public Gold dan lain-lain lagi dengan hibah yg anda perolehi..
Berbalik kepada Margin modal, seperti yag dikatakan tadi, sekiranya berlaku kenaikan harga emas, margin modal anda juga akan bertambah. Begitu juga dengan hibah bulanan yag diberi, setiap bulan nilai margin modal anda akan bertambah. Margin modal bertambah, risiko anda juga semakin rendah.Dan jika anda membuat perkiraan lebh kurang bulan keenam risiko anda sudah mencapai sehingga ke tahap 10 % sahaja tidak diambil kira dgn kenaikan harga. Sebagai pengguna yg bijak, anda haruslah berfikir dan membuat perkiraan sebelum anda menyertai mana-mana program. Dengan sedikit penjelasan ini, saya rasa anda dapat membuat perkiraan (calculation) dan terpulang kepada anda utk membuat pilihan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
camna kalau AFA gold tu tutup?
ReplyDeletewww.pokli77.blogspot.com